Poster

KEBESARAN ALLAH (KISAH HIDUPKU) KISAH BENAR

     Assalamualaikum sempena bulan Ramadhan yang amat mulia ini, aku adalah anak ketiga dari keluargaku
 ,aku ingin berkongsi kisah hidupku
seperti yang sedia maklum sebenarnya aku telah terpisah dgn keluarga kandungku selama 34 tahun, dan selama 34tahun itu aku tidak pernah melihat ibu dan bapa serta adik2ku.Aku dilahirkan oleh ibu kandungku diberuas perak, atas kesempitan hidup ibuku telah menyerahkan aku kepada keluarga angkat yang pada ketika itu memang memerlukan seorg anak.Keluarga angkatku juga menetap diberuas perak.Setelah melahirkan aku ibu dan bapaku berhijrah ke Kuala Lumpur utk mencari rezeki.
    Aku terus membesar bersama keluarga angkatku ini..Alhamdulilah aku dibesarkan dalam penuh kasih sayang dan didikan yang cukup baik sekali.Aku masih tidak tahu tentang keluarga kandungku sehingga aku berumur 16 tahun baru aku sedari bahawa aku ialah anak angkat kepada keluargaku ini berdasarakan dgn penemuan abg kandungku yang ku anggap seperti kawan sahaja yang ketika itu juga tinggal bersama datok dan neneknya di beruas.
Isram ismail.


    Setelah diceritakan tentang latar belakangku baru aku sedari sebenarnya aku mempunyai kakak,Abg dan adik2.Betapa gembiranya hati mendengar berita itu  tapi aku masih lagi sangsi (masih bebudak masa tu)
Aku terus bertanyakan hal ini kepada bapa angkatku.. tetapi ia menyangkal dakwaan itu(ialah sapa tak sayang anak dipelihara dari kecil).Kalo tak silap aku bapa angkt aku bersemuka dgn abg aku nih secara diam2.Sejak hari kejadian aku lihat abg aku seakan akan menjauhi diri daripada aku dan setelah datok dan nenek meninggal dunia abgku telah berhijrah ke penang untuk mencari rezeki..jarak umur antara kami ialah 4 tahun.Sejak haritu terputuslah hubungan antara kami.Sehinggalah pada tahun 1994 aku berhijrah ke Taiping (lepas SPM).Aku terus menjejaki keluargaku tetapi gagal maklumlah yang aku kenal hanyalah abgku seorang,Ibu bapa kakak dan adik2 tak pernah ku lihat.
         Bapa angkat ku meninggal dunia semasa aku berumur 19 tahun dan emak angkat ku meninggal semasa aku berumur 21tahun ,tinggallah aku sebatang kara kerana aku seorang anak sahaja dalam kelurga itu.tapi Alhamdulilah aku masih ada lagi tempat mengadu,iaitu abg saudara ku(anak sedara emak angkatku) yang tinggal di Taiping,dia byk memberikan semangat serta sokongan moral walaupun pada ketika itu masih buas dgn kehidupan remaja..
Keluarga Mohd Yunus B Zainuddin


              Keluarga inilah yang banyak memberikan galakan dan sokongan moral dalam hidupku.Alhamdulilah syukur jodoh aku telah sampai ketika aku berumur 25 tahun iaitu pada 20.02.2002 aku telah berkahwin dgn pilihan hatiku iaitu Wannurfairoz bt Mohd Yusof juga berumur  sebaya dgnku.Perkahwinanku dikendalikan sepenuhnya oleh keluarga ini.Jasamu tidak dapatku balas hanya Allah sahaja yang akan membalas..
             Mengimbas kembali detik detik yang lalu, teringat aku ketika aku sebatang kara, beraya seorng diri
walaupunpun ku tahu aku mempunyai keluarga tapi apakan daya tidak dapat ku jejaki.Selama 4 tahun aku beraya seorang diri tiba Syawal menjelma aku seorg diri.hanya kawan2 la yg menjadi penceria hati.
Dipendekan cerita,sejak terciptanya Facebook,aku terus mencari , menaip jika terjumpa tetapi masih gagal.Aku terus dirundung duka perasaan ingin berjumpa dgn keluarga nampaknya masih samar.Sehinggalah pada tahun lepas 2011 ramadhan menjelma terdetik hatiku untuk bermunajat kepada ilahi untuk menunjukan jalan kepadaku bertemu keluarga.Percayalah wahai kawan Ramadhan ialah bulan yanhg istimewa bagi umat islam, bangunlah dari tidurmu mohonlah petunjuk pada Allah sesungguhnya Allah menanti hambanya memohon padanya.Dalam masa yang sama aku juga menyuarakan hasratku kepada kawan2 rapat berharap mereka juga dapat membantu
Mazlinda & Own
Antara rakan yang banyak membantu (Otai Linda & Own).Pada bulan september 2011 aku cuba mencoretkan cebisan hidupku di wall facebook(tajuk mencari keluarga yang hilang),manalah tahu salah seorg dari kawan facebook mungkin adik beradikku.Tetapi atas rasa malu yang menebal dalam diri aku padamkan semula artikel aku itu.Tapi Allah maha kuasa masa untuk aku berjumpa dgn keluarga kandungku sudah tiba.Artikel yang aku padam tadi rupanya telah masuk dalam "NOTES" di facebook setiap rakan2 aku
pada suatu hari sahabatku iaitu Faezah(Facebook name Puteri Kayu) Telah terbaca artikel ini dan ia terus mencari di 'GOOGLE' mencari nama abg aku iaitu 'Isram Ismail"(Facebook name Isram Casilass)
Faezah@Puteri kayu
Faezah & Razali

,Dan akhirnya terungkailah kemelut yang selama ini ini terungkai,Faezah sempat menghubungi abg aku ini dan bertanyakan status keluarga aku.Akhirnya org yg kami cari telah kami temui..Alhamdulilah ini semua dari Allah facebook itu adalah al sebabnya sahaja syukur..dan terima kasih tidak terhingga pada Faezah dan razali dan tidak lupa mazlinda dan own..Setelah menerima berita itu aku terus menghubungi abg aku adri situ baru aku ketahui yang aku mempunyai 6 beradik dan aku ialah anak yang ketiga.
Azlina Ismail

 Adik perempuan aku anak yang ke-4 dari keluarga kami

Azrel ismail

Adik lelaki aku yang bongsu dari keluarga kami
Wajah yang selama ini aku lihat di iklan tv dan didada akhbar tanpa ku duga ialah adik kandung aku,aku benar benar terharu..
 
 
Antara banner yang pernah kulihat selama ini tetapi aku tidak menyangka ini adalah adik kandung ku subhanaallah..
 
Azura Ismail
Anak ke-2 dari dari keluarga kami merupakan kakak kepada aku..
Ibu kandungku bertudung coklat(Ramlah) dan bertudung biru ibu mertuaku
Bapaku berbaju belang ismail
Akhirnya 10.12.2012 genap umurku 34 yahun barulah aku dapat bertemu dengan keluarga kandungku syukur kepada Allah dan berkat ramadhan.. satu hadiah yang tak terhingga dari Allah swt..
Dibawah antara gambar family gathering:
 
 
 
 
 
 
Keluarga Saya
 
 
 


 
 
 
Alhamdulilah semoga raya tahun ini menyerikan lagi ikatan kekeluargaan kami.Aku juga tetap bersyukur dan sentiasa berdoa kepada arwah kedua ibu bapa angkat aku kerana membesarkan aku untuk menjadi org yang berguna mereka tetap ibu dan bapa ku moga roh mereka ditempatkan dalam golongan org2 yg beriman..

3 ulasan:

  1. Syukur Alhmdlillah..setiap doa, munajat,usaha bersertakan tawakal kepada Allah pasti ada Jaya..Syabas dah Tahniah Jib..abg zam tumpang gembira dengan pertemuan yang sungguh mengharukan...Semoga Bahgia bersama keluarga kandung akan berkekalan..Ameenn

    BalasPadam

NAVIGASI LAMAN

Social Icons

Followers

Movie Category 5

Featured Posts

Pages

Follow by Email

Sample Text