05/12/2009 SABTU 10.00AM Ops "Cari Dan Terjah" masih dijalankan,walaupun REUNION SMRS 94 (2009) telah berakhir.Kali ini aku dan isteri menyertai Linda dan Own menerjah kawan2 yg berada disekitar IPOH.Kali ini kami berpeluang utk bertemu dgn EX SMRS Iaitu Kamariah(kama),Azizah(Azizah The Legend),Mohd Azraie(Ain) dan Asrol.Pertemuan diadakan di restoran Nasi Kandar"NASHMIR"(Taman Rekreasi).Sesampai je aku dan isteri ke tempat yang dijanjikan Kamariah,mazlinda dan Own sudah berada ditempat yg dijanjikan,kemudian disusuli oleh Azizah,kemudian azraie dan terakhir Asrol.Happy sgt jumpa diorg watak diorg still seperti watak semasa dibangku sekolah dulu,Kamariah still peramah,azizah lak mcm dulu gak still malu malu cover cun die laa..ain lak low profile dan asrol still dgn watak Brutalnye..selesai jer borak-borak kat taman tu..kitaorg ke "OLDTOWN WHITE COFFE" di GREENTOWN utk mengisi perut,maklumlaa..dari rumah tak Breakfast sbb nak breakfast dgn kekwn kat ipoh,borak pya pasal tak sedar jam dah menunjukan pkl 11.30am so aku pun tak tahu le samaada kitaorg nie nak breakfast atau lunch.kitaorg(kecuali kama sbb nak balik beruas)menghabiskan masa sambil menonton gambar2 semasa reunion itu hari bersama2 dlm laptop own di "OLDTOWN"sedar2 dah pkl 1.30 so!masa utk "Gerak".
KUMPULAN PANCA SITARA
"BILA LARUT MALAM "TARA KUHCA !TARA KUCHA!
Dari Kiri:Wan(isteri,),Linda,Kamariah dan Azizah
Dari kiri: Aku,Asrol,Azraie dan Own
FROM KUALA KANGSAR WITH LOVE
Setelah menghabiskan masa bersama-sama kekawan ipoh,on the way nak balik ke Taiping singgah jap di bandar di raja iaitu "Kuala Kangsar" nak pekena Laksa kuale Sedap siuut!!!!!.Sesampai di bandar diraja tgk2 ada function Klasik dari artis-artis 60an anjuran Radio Klasik Nasional.Apalagi layan laa..walaupun artis2 yg membuat persembahan itu tidak sehangat artis yg tgh top dialaf moden ini..tapi diorg pernah top dizaman kegemilangan mereka dulu Zaman 60-80an zaman Emak dan Bapa kita dulu..le .
Antara artis yg membuat persembahan seingat aku ialah Najib Haniff(sama mcm nama aku ler) yang pernah top dgn lagu "Kelip-Kelip Ku Sangka Api" dan satu nie memang aku minat habis dgn dia,dan kita membesar pun dengan alunan-alunan muzik darinya Mempersembahkan "Norshila Amin" dgn lagu "Rambu Ramba" dan "Aku Sudah Jatuh Hati" da'di'da'di'da'da'di Aku Sudah Jatuh Hati ,Layan!!!!!Ingat masa kecik2 dulu tgh Main Guli He!!He!!!Nasib baik takde kumpulan Sweet September aku minat lagu diorg tajuk "Hatiku Kau Guris Luka" .Artis Yg lain aku tak ingat namanye...habis layan lagu Norshila Amin, aku dan isteri p pekena Laksa Kuale dan seterusnya jalan2 di sekitar Kuala kangsar!!
Permandangan Sungai Perak
Jabatan Sayong Kuala Kangsar
Masjid Ubudiah Bukit Chandan Kuala Kangsar
Muzium Di Raja Perak Kuala Kangsar
Istana Diraja Kuala Kangsar
Galeri Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan