14/02/2010 Public Holiday(Ahad) tak sabar nak tunggu pagi tu sbab nak menyambut kedatangan kekawan lama dtg ke Taiping,aritu dgr ramai yang nak datang Otai Linda Dan suami tercinta Own,Zaurah,Suraini,Nizam Nafis,Umi Kalsom Dan Ella dan suami nak join gak....
10 kali aku pusing Lake Garden pagi tu tggu kekawan takut kot da yg dan sampai..Tunggu pya tunggu sampai kul 11pagi..baru otai linda,Own dan Zaurah serta suami sampai..tggu gak yg lain..tapi dgr cite byk yg ada hal..maklumlaa public holiday memang byk program dgn family..tapi x kisah next time leh jumpa lagi...
Sesampai je lepak laa kitaorg semua kat dataran Lake Garden sambil bermesra bersama keluarga zaurah dan otai linda..sambil rehatkan minda menikmati ketenangan disitu..kegembiraan jelas terbayang diwajah kami semua apabila mengetahui kami akan berjumpa dgn seorang lagi SMRS member yg dah lama kita semua tak lihat wajahnya iaitu "NORMAWATI"hasil dari panggilannya ke Handphone mak Andam kita iaitu "Kak Zaurah"seperti biasa aku sentiasa berdebar2 menanti kemunculannya..(Penyakit keturunan gaknye)
tunggu pya tunggu jam dan pkl 1 ptg..perut dah memulas lapar..dgr lak..kak zaurah bawa bekal haritu..so tukar plan Own dan otai linda pergi beli nasi dan lauk pauk..utk top-up bekal kak zaurah dan plan mkn tengahari kat rumah aku..aku dan kak zaaurah family still tnggu Normawati kat dataran.Msa yg ditunggu2 dah tiba kemunculan kelibat sahabat kita sudah terserlah..nak possing kat situ pun panas,aku ajak gerak je ke rumah aku..
Sampai rumah aku possing kat dapur dan meja makan je laa..suruh Otai linda,Normawati dan Kak Zaurah,siapakan makanan(Gambungan tiga tenaga puteri smrs 94)maklumlaa org rumah aku takde kat rumah duduk bujang lak..tak tahu aku nak prepare makanan..rasa mcm tak percaya lak..aku ialaa....sahabat aku masa sekolah lepak rumah aku..makan sesama...syok siutttt!!
Masa utk menjamu selera..rasakan masakan mak andam kita ""mmmmmmm" memang best bro bukan mengandam je leh..tapi mask pun sedap!!!!!!
sambil menjamu selera teringat lak kat cikgu kita iaitu cikgu mohd noor rashid yg kebetulan rumahnya tidak berapa jauh dari rumah aku..aku call utk bersama dgn kami menjamu selera..mula2 cikgu memang taknak datng yang pada masa itu ada kerja di rumahnya tapi atas ayat "Power" dari Otai kita linda cair gak akhirnya..kami menggu kedatangan cikgu yang menyatakan akan tiba pada pkl 2 ptg..kali nie aku tak rasa berdebar..hanya mereka berempat je yg berdebar2..mungkin aku selalu jumpa dia kot..
masanya telah tiba cikgu dah muncul..sampai je muka bekas anak2 muridnya ditenung...Normawati first sekali yg cikgu ingat mungkin anak murid kesayanganya kot!!kedua Otai..dan seterusnya own..tapi sebaliknya pada kak zaurah..sampai sudah cikgu tak ingat setahu aku kak zaurah nie leh tahan gak keglamournya..masa sekolah dulu..tapi mungkin wajah tu dah berubah...sekarang dah pandai dressingkan ..make -up cover..petang tu cikgu dah tukar subjek yang diajar pada SMRS dulu..kalo dulu dia ajar subjek " Sastera tapi kali nie ajar Subjek "Sejarah" mana tidaknye bercerita pasal..masa2 lampau masa kita di smrs dulu..letih becerita ajak cikgu SORUUUUU!!!! aku dgn own terpaksa second round soruuuu!!sbb nak temankan cikgu.
Habis soruu...bergambar mesra di Gazebo tempat aku cari ilham..
Habis berpossing kami terus menuju kedetinasi..untuk ketenangan ..destinasi yg kami pilih..ialah "Bukit Merah Lake Town" untuk menghabiskan masa kami pada hari itu...
Perjalanan ke
destinasi Bukit Merah Lake Town ini hanya disertai oleh aku,otai dan own serta zaurah family..normawati terpaksa pulang apabila anaknya dah start buat meragam..anyway terima kasih kepada normawati keran sudi berjumpa dgn kami..dan berkongsi pengalaman silam untuk dijadikan bahan tertawa kita semua
serba sedikit tentang Normawati
- Panggilan Glamournya "Wati"
- Seorang yang peramah sejak dari bangku sekolah hingga kini
- Berasal dari Pintu Gerbang Beruas Perak
- Kini menetap di Penang
- Mempunyai 2cahayamata
Tiada ulasan:
Catat Ulasan