Kali ini aku ingin mengimbas kembali kenangan semasa kita disessi perhimpunan,masihkah anda semua ingat?Sessi perhimpunan selalu diadakan pada setiap hari isnin untuk sessi persekolahan pagi diantara pkl 7.45 am hgga pkl 8.45 dan untuk sessi persekolah petang pula selalunya diadakan pada pkl 5.45pm hgga 6.30 pm(tu pun kalo tak silap aku)
Sessi perhimpunan nie laa tempat untuk guru2 memberi taklimat kepada semua murid2 dan tidak lupa juga masa nie laa...kita sama2 nyanyikan lagu keramat..seperti negaraku(berdiri dgn tegak) dan lagu sekolah menengah raja shariman dan tak lupa juga dgn bacaan doa.tapi hari perhimpunan nie adalah satu hari yg membosankan pagi pelajar2 yg menpunyai trend atau fesyen pada zaman tu..yelaa kalo tak silap aku pada zaman tu zaman GQ (seluar ada pin kat tepi) tak kurang gak dgn BOOTCUT(kaki seluar besar blah bawah) itu baru seluar tak kira lagi dgn rambut mcm 2 fesyen(nak glamour) kalo layan GQ masa tu rambut nak kena tebuk blah dalam dan kalo layan BOOTCUT kena lah taruk rambut panjang sikit..masa tu kalo dpt taruk rambut panjang skit pecah kepala laa..bro tambah2 blah depan ("Remous" jap jap tarik) rasa bangga habis.Nie laa..menyebabkan murid2 yg bertrend nie Boring nak p sessi perhimpunan nie..habis perhimpunan gerenti ada "Sportcheck" kalo kantoi confirm kena cilok rambut GQ pin kat suar tu sure kena potong..yng tak bestnya kena denda depan org ramai SIUUT TOL LAA..
Tapi kalo terlepas dari sportcheck memang bangga gila..ada gak kekawan masa tu sanggup ponteng sekolah pada setiap hari isnin sebab sayang rambut takut kena potong dgn cikgu,walaupun tak pegi perhimpunan pun belum tentu selamat lagi silap hari bulan selisih dgn cikgu kantoi gak(orang kata kalo nak kena kena gak tul tak).Bagi pelajar pompuan lak tak banyak risiko bagi mereka untuk hadir ke perhimpunan nie..kecuali KUKU,tapi kaum yg paling selamat menghadiri perhimpunan nie ialah "MAT BELIA"(low profile).Itu semua kenangan yg telah berlalu walaupun ada kenangan pahit dan manis pada waktu itu ,ia adalah satu kenangan yg sukar dilupakan dan tidak dapat diulang lagi...ANDA JUGA ADA KENANGAN ANDA TERSENDIRI SEMASA SESSI PERHIMPUNAN ,HANYA ANDA YANG TAHU.....
Mcm nie laa dulu keadaan kita berkumpul semasa sessi perhimpunan perempuan sebelah dan lelaki sebelah..beratur follow class..masa tu ketua dan penolong ketua darjah ambil nama untuk mengelakan pelajar ponteng semasa menghadiri perhimpunan..
Berginilah keadaan guru2 semasa menghadiri sessi perhimpunan suatu ketika dulu
Kalo korang masih ingat dalam thn 1990-1994 kita mempunyai beberapa lokasi yang dijadikan tempat untuk sessi perhimpunan diantaranya bersebelahan kantin sekolah,berhampiran bilik guru dan di kawasan padang sekolah.
Seorang pelajar menerima hadiah/cenderahati dari pengetua,sessi perhimpunan nie juga tempat pelajar 2 menerima hadiah hasil dari usaha mereka dalam sesuatu pertandingan yang mereka ceburi,seperti menulis sajak,melukis dan sebagainya...ooh ye satu lagi yang tidak di lupai pertandingan kelas tercantik..ini merupakan acara yang di pertandingkan setiap minggu untuk memupuk semangat kerjasama dan displin antara satu sama lain..(selalunya pelajar pompuan yang selalu menitik beratkan benda nie dalam sesebuah kelas) pelajar lelaki nie faham2 lah kalo kena time kena bertugas mulalah kekawan lain racun.. pakat tinggal laa keje.
Ha....ini kes aku dah lupa..mungkin masa sessi perhimpunan dulu ade ka bacaan ikrar! aku dah lupa dah!!!
Ucapan dari pelajar(Zubaidah Senior Kita)
Ahmad Fahame(Senior Kita)
PENYAMPAIAN HADIAH UNTUK OLAHRAGA2 SMRS SUATU KETIKA DAHULU
Hari ini kita imbas beberapa gambar yang aku "upload" untuk ditatap bersama untuk kita imbas kembali detik detik semasa penyampaian hadiah untuk kekawan kita termasuk senior dan junior kita ketika menerima hadiah hasil dari usaha mereka.Feel yang aku dapat rasa ketika ini ialah ketika kawan kita menaiki pondium untuk menerima hadiah lebih2 lagi apabila seseorang yang memenangi pertandingan itu mewakili pasukan kita..rasa nak berteriak gembira..(yelah harap kita nak mewakilinya tak mampu so mber menang pun jadiklaa...tumpang bangga).Oiiii bukan main glamournya masa nie yek..apabila nama kita diumumkan sebagai pemenang..jalan kuar control macho dan cun naik pondium depan kekawan lain ambil hadiah..hee..hee..suasah nak di bayangkan...(sebab tak pernah jadi juara)
Dalam gambar nie yang aku perasan gambar salah seorang kawan kita iaitu tempat pertama Hishammuddin Mat Amin(nama glamournya "PAK TAM KUDA")
Dalam gambar nie sorang lagi kawan kita yang aku kenal dan leh dikatakan rapat gak dgn aku sebab satu kelas dgn aku iaitu Ratnasamy tempat ketiga..confirm aku tahu acara yang dia menangi nie mesti acara "merentas desa" sebab nie adalah acara favouritenya.Bukan saja di Smrs saja dia menyertai acara nie malah dia kerap menyertai tournament2 luar..tapi sekarang tak tahu laa aku samada ia masih aktif atau pun tidak..dah lama aku tak jumpa ko Ratnasamy!!
Kelihatan disitu Ustaz Raof menyampaikan hadiah kepada Junior kita
Sapa tak kenal dgn kawan kita nie..tempat pertama Mohd Khairul Nizam Nordin dan Tempat Ketiga Riduan
kalo dalam 100 meter diaorang nie selalu berentap.(.tempat kedua tu aku tak ingat namanya)
Senior kita
Junior Kita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan