Poster

REUNION RAYA 2013 & PERKAHWINAN IJAM

Ini adalah program yg terbaru sempena hari raya 2013,masih ramai kawan-kawan yang bersemangat untuk program reunion ini,tapi almaklumlah sajalah bila majlis perjumpaan ini dibuat pada hari raya banyak yang tidak dapat menghadirkan diri kerana terikat dengan program bersama keluarga.Tapi reunion kali ini berkonsep sederhana.Tapi alhamdulilah masih dapat mengumpulkan muka lama dan muka baru,diantara kawan yang terbaru yang ditemui ialah saudara Hafiz othman yang sempat meluangkan masa bersama kali ini walaupun hanya sekejap .
Nampaknya Reunion kali ini masih ditahap yg membransangkan.

Diantara kawan-kawan yang hadir pada kali ini ialah,
Manaf,zalyna,rozaniza,yusniyati,hafiz,saufi,shakir,yusri,nizam nordin,salyusri,lisa,azizah,norli,hamirul,holidi,shahrul nizam
Razali,najib,ochee,nazir dan terima kasih sekali lagi kepada ijat & yong salmi sebagai tuan tapak.
Lanjutan dari itu juga saya ,nazir,yusniyati, rohaida serta salyusri sempat juga memenuhi jemputan rumah terbuka sempena sambutan
aidilfitri di rumah ijat & yong salmi di jelapang ipoh.
Ini adalah satu khabar gembira dari Ex smrs 94 kepada pembaca yg mengenali sahabat kita saudara Mohd saharizam (Ijam).kerana telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya dari Teluk Itan Perak iaitu Nurul pada 14 Sept 2013 yg lalu ,tahniah Ijam
Semoga kekal hingga ke akhir hayat

KALUMPANG A.K.A FAMILYDAY 1 & 2 JUN 2013

Sempena cuti sekolah ,Ex smrs 94 sekali lagi membuat satu program utk merapatkan keakraban dalam persahabatan.Kali ini lokasi pilihan kami untuk menikmati keindahan alam,perancangan awal sebenarnya ialah Janda Baik Pahang tapi atas masalah yang tidak dapat dielakan kami terpaksa menukar lokasi iaitu Kalumpang.Terima kasih yang tidak terhingga pada Otai kita Mazlinda yang banyak membuat tinjauan dan tempahan untuk melancarkan program ini.Walaupun Maz dan own masih lagi tidak berpeluang untuk bersama mengikuti program kali ini tapi atas dasar semangat bersahabat mereka mengunakan alternatif lain untuk melancarkan program ini.
Sebenarnya satu point lagi kami memilih destinasi kalumpang ini ialah kerana beranggapan satu lokasi yg terletak ditengah antara Perak dan Kuala Lumpur dan mengharapkan penyertaan dari kawan-kawan yang tinggal disekitar KUALA LUMPUR dan Selangor,tetapi mungkin kawan-kawan kita yang lain sibuk dengan urusan masing-masing.Program kali ini disertai oleh gabungan 3 negeri iaitu PENANG,PERAK DAN KUALA LUMPUR,Mieza dan Lisa (PENANG),Salyusri,Salmi,Ijat,Jijah dan gua(PERAK) &; Razali(KUALA LUMPUR),Memulakan program percutian dgn berkumpul di RNR Behrang.
Langkah kanan juga kali ini kerana dapat berjumpa dgn Cikgu yg terkenal dgn loghat Peraknye dan mengajar mata pelajaran Geografi
semasa di SMRS dulu iaitu cikgu Hasnol yg kebetulan juga singgah utk breakfast di RNR Behrang
Sempat juga berbual dgn cikgu Hasnol selama 15minit untuk mengetahui perkembangan beliau terkini,seperti yang dimaklumkan dari hasil perbualan dengan beliau,beliau kini mengajar di sekolah menengah Dato idris di Ayer Tawar Perak,semasa kami berjumpa dgn beliau pada hari itu dalam perjalanan ke Melaka utk membawa pelajarnya memyertai pertandingan Hoki peringkat kebangsaan,Moga cikgu berjaya.Selesai breakfast kami pun menyambung perjalanan utk kelokasi,Kami sampai ke lokasi tepat pukul 12 tengahari
12.00PM
Sebelum memulakan aktiviti sempat berpossing sambil menikmati udara dan pemandangan yang boleh merehatkan minda.
Setelah puas bepossing dan menikamati keindahan alam tibalah masanya utk memulakan xtvt iaitu telematch
14.00
Memulakan telemacth dgn permainan
Chair Musical,Sejarah utk Mieza apabila Kerusinya pecah dan dia jatuh ketanah ahak3
Permainan ke2 cari gula2 dalam tepung
Ketika telematch sedang dijalankan tanpa kami sedari muncul seorg sahabt Ex smrs 94 yg ketika itu hari terakhir bercuti di Kalumpang iaitu Zaki,sempat juga dia bersama kami pada hari itu walaupun sekejap sahaja,Acara yg ketiga ialah baling belon berpasangan.
Gua masih ingat lagi permainan ini dimenangi oleh Jijah the legend dan pasanganya Abe.Dan acara seterusnya ialah bowling kelapa lelaki vs perempuan
Acara terakhir utk telematch pada hari itu ialah Tarik tali geng Ketua lanun (salyusri) vs geng Nazir,dan pengadil jemputan khas yg diterbangkan dari colombia iaitu Zaki.
Berehat setelah acara tamat ,walaupun tiada hadiah yg diberikan pada pemenang tapi ia cukup megembirakan
17.30
aktiviti mandi manda..
Juadah special kami pada ptang itu ialah Cake special dari Faezah isteri Razali,sungguh meyelerakan hingga menjilat jari.Akhirnya kelibat seorang lagi sahabat kita iaitu Shakir mula kelihatan ,sempat juga beliau bersama untuk mandi walaupun sudah agak lewat.Aktiviti mandi manda kami berakhir pada pukul 19.00 utk memberi laluan solat maghrib dan aktiviti seterusnya ialah pada sebelah malam iaitu BBQ & Karaoke bersama.
20.00
Sessi makan malam dan Karaoke bermula
Xtvt beergembira bersama ini berhenti pada pukul 12.30 AM sebelum kami semua menyambungnya berbual ditepi sungai sehingga pukul 3pagi.

8.00 pagi Walaupun masih letih tapi hati terus gembira,bangun pagi dan breakfast bersama,nampaknya masih ada kawan-kawan yang masih belum puas untuk mandi manda sebelum checkout pada pkl 12pm

Dan kami akhiri program kali ini dengan lunch di Kfc..bye..

NAVIGASI LAMAN

Social Icons

Followers

Movie Category 5

Featured Posts

Pages

Sample Text