Poster

OPS "CARI DAN TERJAH" TIGA SERANGKAI

Terjahan 3 Serangkai..dalam misi mencari Exsmrs 90-94..yang sempat dilakukan oleh Otai Linda..di kampung halaman iaitu Beruas semasa otai balik kampung pada 13/03/10 semoga gambar2 kekawan kita yang telah diupload ini dapat mengubat kerinduan kita semua...
dengan bangganya Ops cari dan terjah smrs 90-94 kali ini memperkenalkan atau memperingatkan kepada kekawan semua...new face of Siti Baayah,Norliza dan Asiah......
Norliza
 
Nor Asiah
Siti Baayah
k
Sebenarnya aku pun memang x pernah rapat dan rasanya bersembang dgn diorng nie jadi susahlah aku nak membuat kesimpulan di sini..tapi dgn membuat perbandingan diantara gambar dulu dan sekarang aku hanya boleh membuat perbandingan melalui fizikal diorg je laa..(menyesal gak masa sekolah dulu jadi seorg yg low profil)sekarang baru nak ramah cari kekawan lama tpi x list da perubahan pada kehidupan aku dalam abad 30 an Alhamdulilah
okay berdasarkan gambar yg aku ambil dari galeri zaliana nie aku dpt membuat kesimpulan mengenai mereka ni.
Nor Asiah nie nampaknya badannya kelihatan berisi sedikit..dan norliza dan Siti Baayah kelihatan tak berubah laa..
anyway aku xkan melepaskan peluang utk berbual jika dapat berjumpa dgn korang dimasa akan datang insyaallah.....

OPS "CARI DAN TERJAH "



 Masih ingat??? Zulkifli Zainun Exsmrs 90-94 Seorang yang aku rasa pendiam semasa di sekolah dulu..Zul kini berada di ipoh perak dan kini telah mendirikan rumahtangga .hasil dari perkahwinanya pada tahun 2005 dia kini telah dikurniakan seorang cahayamata..
untuk sesiapa kekawan lama kita yang ingin bertanya khabar atau becerita panjang dangan zul..disni aku sertakan no phonenya Zulkifli Zainun 012-5132785

OPS"CARI DAN TERJAH"


Hasil carian otai linda dari facebook..aku pun sebenarnya ingat2 lupa dia nie..tapi taktau laa bagi kekawan yang rapat dgn dia nie..buat masa nie aku masih lagi x berkesempatan bebual dgn dia ni..tapi aku nak ketegorikan dia nie sebagai kembar zulkifli zainun(Gambar diatas)sebab bagi aku ada sedikit persamaan  diantara zul dan dia ni..tak tahulaa kalo korang x sependapat dgn aku..memperkenalkan seorang lagi Ex smrs 90-94 Suhari Arif..buat masa nie aku x dapt huraikan lagi..tentang suhari.. jikalau berkesempatan aku berchating dgnnya nanti akan aku..karangkan mengenainya...

OPS "CARI DAN TERJAH"

Mangsa Terjahan terbaru dlm ops cari dan terjah smrs 90-94 ialah Hishamuddin Mat Amin atau nama glamournya paktam Kudee..paktam seorang yang aktif dalam sukan bola sepak semasa di smrs dulu.Ahad aritu 07/03/10 dalam pkl 2ptg aku g ipoh calling paktam utk berjumpa dan melengkapkan Ops aku pada minggu tu..dapat laa jumpa paktam kat Halaman Meru Damai,sembang punya sembang lupa aarrr ambil gambar dia..yelaa punya lama tak jumpa dah 15 tahun le katakan byk cerita menarik yang dapat dikongsi bersama,walaupun kami hanya bercerita dibawah sepohon pokok je..panas jgn kira laa...tapi kepanasan itu lebih mendidih dgn mendengar sejarah kehidupan seorang smrs mber 90-94..tu pun x habis cerita lagi..nanti nak sambung lagi..
                               Serba sedikit tentang Hishamuddin Mat Amin(Paktam)
  1. Seorang yang aktif dalam sukan Bolasepak sejak dibangku sekolah lagi
  2. Seorang yang pernah mewakili Pasukan Perak pada Tahun 1999 dibawah kendalian jurulatih Weigang(Senior Khalid Jamlus la paktam nie)
  3. Bekerja di Maybank (Ipoh)
  4. Mempunyai 4 Cahayamata setakat ini
  5. Hobi di masa lapang sama hobi dgn aku ni..layan PS...GAME WINING 11


                                  OPS "CARI DAN TERJAH"

 
Masih ingat lagi tak seorang yg aktif dlm Persatuan Bulan Sabit Merah semasa di Smrs,Marsitah Hassan Yg berasal dari Gelong Gajah.Marsitah berjaya diterjah oleh Otai kita..pada 05/03/10(JUMAAT)
Serba sedikit tentang Marsitah
  1. Berasal dari kampung Banjar Gelong Gajah Beruas Perak
  2. Form 4 and Form 5 Kelas Sains
  3. Seorang yang aktif dalam persatuan Bulan Sabit Merah semasa di Smrs
  4. Kini bekerja Di RADICARE
  5. Mempunyai 5 cahayamata
  6. Untuk melayari blognya sila taipkan http//masitahh.blogspot.com

 
 
Dulu

SECEBIS KENANGAN


                                   

LEPAK TAIPING DAN MERANGKAP "OPS CARI DAN TERJAH"

 
  
14/02/2010 Public Holiday(Ahad) tak sabar nak tunggu pagi tu sbab nak menyambut kedatangan kekawan lama dtg ke Taiping,aritu dgr ramai yang nak datang Otai Linda Dan suami tercinta Own,Zaurah,Suraini,Nizam Nafis,Umi Kalsom Dan Ella dan suami nak join gak....
10 kali aku pusing Lake Garden pagi tu tggu kekawan takut kot da yg dan sampai..Tunggu pya tunggu sampai kul 11pagi..baru otai linda,Own dan Zaurah serta suami sampai..tggu gak yg lain..tapi dgr cite byk yg ada hal..maklumlaa public holiday memang byk program dgn family..tapi x kisah next time leh jumpa lagi...


  
Sesampai je lepak laa kitaorg semua kat dataran Lake Garden sambil bermesra bersama keluarga zaurah dan otai linda..sambil rehatkan minda menikmati ketenangan disitu..kegembiraan jelas terbayang diwajah kami semua apabila mengetahui kami akan berjumpa dgn seorang lagi SMRS member yg dah lama kita semua tak lihat wajahnya iaitu "NORMAWATI"hasil dari panggilannya ke Handphone mak Andam kita iaitu "Kak Zaurah"seperti biasa aku sentiasa berdebar2 menanti kemunculannya..(Penyakit keturunan gaknye)
tunggu pya tunggu jam dan pkl 1 ptg..perut dah memulas lapar..dgr lak..kak zaurah bawa bekal haritu..so tukar plan Own dan otai linda pergi beli nasi dan lauk pauk..utk top-up bekal kak zaurah dan plan mkn tengahari kat rumah aku..aku dan kak zaaurah family still tnggu Normawati kat dataran.Msa yg ditunggu2 dah tiba kemunculan kelibat sahabat kita sudah terserlah..nak possing kat situ pun panas,aku ajak gerak je ke rumah aku..

Sampai rumah aku possing kat dapur dan meja makan je laa..suruh Otai linda,Normawati dan Kak Zaurah,siapakan makanan(Gambungan tiga tenaga puteri smrs 94)maklumlaa org rumah aku takde kat rumah  duduk bujang lak..tak tahu aku nak prepare makanan..rasa mcm tak percaya lak..aku ialaa....sahabat aku masa sekolah lepak rumah aku..makan sesama...syok siutttt!!

                                                         Sempat Possing kat dapur....
 
Masa utk menjamu selera..rasakan masakan mak andam kita ""mmmmmmm" memang best bro bukan mengandam je leh..tapi mask pun sedap!!!!!!

 
sambil menjamu selera teringat lak kat cikgu kita iaitu cikgu mohd noor rashid yg kebetulan rumahnya tidak berapa jauh dari rumah aku..aku call utk bersama dgn kami menjamu selera..mula2 cikgu memang taknak datng yang pada masa itu ada kerja di rumahnya tapi atas ayat "Power" dari Otai kita linda cair gak akhirnya..kami menggu kedatangan cikgu yang menyatakan akan tiba pada pkl 2 ptg..kali nie aku tak rasa berdebar..hanya mereka berempat je yg berdebar2..mungkin aku selalu  jumpa dia kot..

masanya telah tiba cikgu dah muncul..sampai je muka bekas anak2 muridnya ditenung...Normawati first sekali yg cikgu ingat mungkin anak murid kesayanganya kot!!kedua Otai..dan seterusnya own..tapi sebaliknya pada kak zaurah..sampai sudah cikgu tak ingat setahu aku kak zaurah nie leh tahan gak keglamournya..masa sekolah dulu..tapi mungkin wajah tu dah berubah...sekarang dah pandai dressingkan ..make -up cover..petang tu cikgu dah tukar subjek yang diajar pada SMRS dulu..kalo dulu dia ajar subjek " Sastera tapi kali nie ajar Subjek "Sejarah" mana tidaknye bercerita pasal..masa2 lampau masa kita di smrs dulu..letih becerita ajak cikgu SORUUUUU!!!!  aku dgn own terpaksa second round soruuuu!!sbb nak temankan cikgu.

  
  
Habis soruu...bergambar mesra di Gazebo tempat aku cari ilham..

  
Possing istimewa dari bekas anak murid dan guru Smrs
Habis berpossing kami terus menuju kedetinasi..untuk ketenangan ..destinasi yg kami pilih..ialah "Bukit Merah Lake Town" untuk menghabiskan masa kami pada hari itu...
 
  
Perjalanan ke
destinasi  Bukit Merah Lake Town ini hanya  disertai oleh aku,otai dan own serta zaurah family..normawati terpaksa pulang apabila anaknya dah start buat meragam..anyway terima kasih kepada normawati keran sudi berjumpa dgn kami..dan berkongsi pengalaman silam untuk dijadikan bahan tertawa kita semua

 
serba sedikit tentang Normawati
  1. Panggilan Glamournya "Wati"
  2. Seorang yang peramah sejak dari bangku sekolah hingga kini
  3. Berasal dari Pintu Gerbang Beruas Perak
  4. Kini menetap di Penang
  5. Mempunyai 2cahayamata


OPS "CARI DAN TERJAH"

 
Mangsa terjahan terbaru..cikgu yg sentiasa low profile...dan terkenal dgn loghat peraknya..aku dapat terjah cigu nie semasa kenduriabg saudara aku kat Taman Sri Kota Taiping Pada 20/02/2010(Ahad)..Rupa-rupanya ada bau-bau macanglaa..dgn aku nie...Apa lagi sembang panjang gak laa dgn dia..
Serba sedikit tentang cikgu Hasnol
  1. Mengajar subjek Geografi Semasa di SMRS
  2. Kini telah bertukar sekolah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Idris(SMKDI)
  3. Mengajar Subjek Bahasa Inggeris Di SMKDI
  4. Tinggal di TAMAN DESA Beruas
  5. No phone cikgu 017-5435684 & 0174435743
  6. Still Peramah...
                                               OPS"CARI DAN TERJAH"

 Hasil terjahan terbaru..dari Skuad Smrs 90-94 iaitu Saudara Kaharuddin,maklumat tentang Rozana masih tidak lengkap..nanti kita cuba terjah dia...(Misi ini disempurnakan oleh Kaharuddin Yusof)
 
 
                                                           Serba sedikit tentang Rozana:
  1. Nama Glamournya Atau Panggilannya "Ana"
  2. Kampung halamannya "Kampung Kota"
  3. Rakan Baiknya Semasa dibangku sekolah ialah Isniza,pergi sekolah mesti berdua 
  4. Seorang permalu kadang2 jadi brutal gak..tgk keadaan le...
  5. telah berkahwin danmempunyai tiga org cahayamata
  6. Penempatan sekarang masih lagi dalam siasatan
  7. Masa sekolah rendah sekelas dgn aku dari darjah 1 hingga darjah 6(Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Kota)
  8. Kini Ana tinggal di Cheras Kuala Lumpur

DULU DAN SEKARANG

 
Jamilah(Senyum Still Mcm dulu..
Rohaida Nayan
                                                              Zaliana
Dulu dan sekarang banyak perbezaannya dari segi keadaan sekeliling,umur dan fizikal seseorang.Apa kata kali nie kita imbas kembali...detik2 atau wajah 2 kita sendiri dan kekawan yang lain semasa di zaman persekolahan dulu atau zaman tengah glamour dengan wajah atau fizikal serta karektor kita terkini. Kita kekadang tidak perasan dgn wajah,bentuk fizikal dan karektor kita sendiri hanya kekawan yang rapat dgn kita dahulu sahaja yang boleh menilai kita.di sini aku akan lampirkan beberapa gambar yang sedia ada dalam simpanan aku hasil dari pemberian otai Linda.dan aku mohon maaf kepada kekawan semua kalau sekiranya artikel ini akan menyinggung perasaan anda semua,ia tidak bertujuan untuk memburukan anda atau menjatuhkan imej anda tetapi hanya sekadar renungan kita bersama sama
                                                            Zuhailla(Ella)
                                 Salyusri(Kecik2 pegang reket nak main gitar dah besar jadi penyanyi syabas2..sal..ahak2 ahak..
 
Kak Zaurah(Dulu,kini dan selamanya)Karakter tetap cam dulu still peramah dan brutal!~!!!!!
  
Azizah The Legend(Control Cun)
 
Nizam(The Sportman)
 
Radzi
 
Marina Basir

LAWATAN DAN ROMBONGAN


Tengok gambar dalam keadaan situasi dlam bas mesti korang semua boleh agak apabendanya topik yang ingin aku ceritakan dalam artikel kali nie,yelaa...semua dah memang boleh menekanyakan!! dalam bas mestilah nak pergi kesuatu tempat untuk tujuan tertentu.kali nie aku nak cerita bab lawatan dan rombongan.Bab nie memang ramai kekawan suka sgt masa kat sekolah dulu..sapa tak nak jalan2 cari makan dan berseronok dgn kekawan semua.Nak harap orang tua bawa berjalan pun suasah laa..skit maklumlaa..org tua kita pun masa tu sibuk nak cari nafkah..nak memelihara kita dan keluarga,kesempatan nie laa  selalunya kita ambil untuk mencerahkan kepala otak skit ,tgk tempat org dan sekolah org.Cerita bab nie kita mesti kaitkan dgn bas.Masihkah korang ingat suatu ketika dulu satu bas yg selalu membawa kita ketempat yg dituju,bas nie kerap kali disewa oleh pihak sekolah apabila membuat lawatan dan rombongan dan tidak terkecuali kalo ada pertandingan Bola Sepak,Bola Jaring dan Sepak Takraw antara sekolah2.Masih ingatkah anda dgn sebuah bas yg ada "STIKER" di cermin hadapan yg berbunyi "HAJAT MAKHBUL"pemandunya kalau tak silap aku bernama Pakcik Ibrahim dari Gelong Gajah.Bas nie juga menjadi salah satu pengangkutan bagi pelajar2 yang tinggal di kawasan Gelong Gajah.Bagi aku bas nie memang menjadi satu sejarah pada aku sebabnya bas nie akan melalui hadapan rumah aku setiap pagi dan ia menjadi jam utk mengejutkan aku setiap pagi utk kesekolah..sampai bunyi enjin pun aku leh cam laa..pekanya deria pendengaran aku pada ketika itu pada bunyi enjin bas ini.
Program lawatan dan rombongan ini selalunya dianjuran kan oleh "PERSATUAN PENGGUNA DAN REKREASI"kalo sapa yang pernah menyertai persatuan ini mesti ingat punya,antara aktiviti2 yang pernah dianjurkan oleh persatuan ini ialah Ekpidisi mendaki Gunung Long Busu Lumut pada tahun 1992,perkhemahan di sekitar Pulau Pangkor dan mendaki Bukit Hijau pada tahun 1993.Tapi aku memang jarang menyertai program nie,selalunya join kelab penyokong follow team Bola Sepak dan Sepak Takraw mengadakan perlawanan antara sekolah sekolah sekitar daerah Manjung,nie lagi semangat beb dalam bas masa nak gi pun dah riuh..semangat membara nak tgk pasukan menang balik kalo menang lagi best lagi riuh kalo kalah slow skit laa..hilang feel skit laa..nak bergembira.Gambar nie aku tak tahu kemana laa destinasi yg mereka ingin tujui ..kena tanya otai linda dia ingat laa kot!!!!.

NAVIGASI LAMAN

Social Icons

Followers

Movie Category 5

Featured Posts

Pages

Sample Text