Suatu hari disebuah kampung di sungai petani kedah,seorang pakcik tua yang baru 2 hari lulus lesen menunggang motosikal, dengan penuh bergaya menunggang motornya itu ke jalan besar(jalan raya).Mengikut undang2,sekeping kad atau "stiker" berhuruf "P"hendaklah digantung atau dilekatkan pada motosikal seseorang yang baru dapat lesen,betul tak?Tapi pakcik itu langsung tidak menggantung Atau Melekatkan Stiker"P".Nak dijadikan cerita,dipertengahan jalan ada "ROAD BLOCK"
POLIS: "P" Mana pakcik?
PAKCIK: Pi Aloq Staq(Loghat kedah)
POLIS: Pakcik ni nak bergurau pulak ke? "P" Mana pakcik?
PAKCIK: Aku nak pi Aloq Staq!(Dah mula Naik Angin)
POLIS: Amboi,main main pulak pakcik ni(tersengih).Pak ciiiik,"P" Manaaaaa?
PAKCIK: Aku habaq, Aloq Staq! Aloq Staq! Aloq Staqqqq! Apa,hang ingat aku tak tau jalan ni nak pi Aloq Staq ?Hangpa jadi polis pun,hangpa jangan nak perleceh aku tau(marah)!!!
POLIS: Pi...pi....pi....pilah...(suruh pak cik itu teruskan perjalanan).
PAKCIK: Haa....kan mudah camtu.
Untuk pengetahuan anda,Si Luncai sebaenarnya pernah bersekolah,sebab itu dia cerdik dan pandai mencari helah.Malangnya kecerdikan Luncai itu tidak dicatat dalam mana mana buku hikayat,kecuali dalam blog ini...kisah ini berlaku semasa si Luncai dalam darjah 1.Ketika itu disoal oleh guru Matematiknya;
CIKGU:Luncai, 4 campur 5 berapa?
LUNCAI: 9,cikgu.
CIKGU: Bagus, 5 campur 4?
LUNCAI: Cikgu janganlah nak bodoh-bodohkan saya plak,Walaupun cikgu terbalikan nombor tu,cikgu ingat saya tak tau, jawapannya 6.
Suatu hari kecoh Pak Pandir telefon suruh Wartawan datang ke rumah dia,ada benda pelik kata Pak Pandir.Bila Wartawan sampai,mereka pun bertanya "apa yang pelik telah berlaku pakcik?".Pak Pandir Pun Beritahu,"Tengok ni,pakcik tanam pokok rambutan tapi yang tumbuh pokok ubi kayu."Semua Wartawan terkejut."Wah Pelik ni Pak Cik cuba ceritakan pada kamimacam mana benda ni boleh terjadi..
PakPandir pun cerita,katanya, "Lima bulan dulu pakcik ada tanam pokok rambutan tapi yng tumbuh pokok ubi kayu". Pak cik Ingat lagi sebab pak cik ada tandakanya kat sini....
Wartawan terus bertanya,"Dengan apa Pak cik tandakanya?"
"Dengan batang Ubi Kayu" jawab Pak Pandir.
Dalam kelas Matematik, Shamsul Disuruh Berdiri Kerana Tidak Membuat Kerja Rumah(Matematik)
GURU :Shamsul mana pensil kamu?
SHAMSUL: Takda cikgu.
GURU: (Dengan muka merah berkata) Ni yang buat saya marah ni.Hafiz tak ada pensel,Asmah tak ada pensel,Wani takda pensel.Apa nak jadi dengan kamu semua ni hah? Dah,mulai hari ni saya takmau dengar lagi orang ni takda pensel,orang tu takda pensel. Yang disana takada pensel,yang disitu takda pensel....faham?
SHAMSUL:Err.....tak berapa faham,sebenarnya apa yang terjadi dengan pensel pensel tu,cikgu?
"Saya bangga dengan atuk,"kata Farah
"Apa yang kamu banggakan sangat tu?"
tanya atuk.
"Setiap kali bersin,atuk mesti tutup mulut dengan tangan,"
kata Farah
"Tentulah....! Siapa lagi yang boleh diharap untuk mengutip gigi palsu
kalau bersembur keluar.
Seorang ahli biologi sedang mengkaji kebolehan Katak puru melompat.Dia melepaskan seekor didalam
makmalnya dan meyergah katak itu supaya ia melompat.
Sepantas kilat katak itu melompat.Kemudian dia mencatat dalam bukunya.
"Katak dengan empat kaki mapu melompat sejauh 160 sentimeter.
Kemudian dia memotong kaki depan katak itu,lalu menyergahnya."lompat! "lompat!! lompat!!!!"
Bersusah payah katak itu melompat.jarak lompatan begitu pendek..selepas mengukurnya,ahli biologi itu mencatat didalam bukunya."Katak dengan dua kaki hanya melompat 60 sentimeter"
Kemudian dia memotong kaki belakang katak.Sekali lagi dia menjerit."Lompat katak lompat!
Tapi katak itu tidak bergerak langsung.Dia terus menjerit,"Lompat, lompat,lompat!!!!Namun tiada perubahan.Lalu ahli biologi itu mencatat didalam bukunya."Katak tanpa kaki,hilang pendengaran".
Amran,Latif dan tahir berbincang tentang kehebatan ayah masing masing.Ketiga tiga mereka tak mahu mengalah.
"Ayah aku boleh berlari sepantas anak panah.kalau anak panah dilepaskan bersamanya dia bole sampai dulu sebelum anak panah mengenai sasaran"Kata Amran
"Ah! Itu belum cukup hebat. father I Seorang pemburu yang sangat pantas berlari.dia boleh menangkap perluru yang ditembak dari senapangnya sendiri".Kata Latif
"Sebenarnya kau orang semuanya taktahu apa yang dikatakan pantas.Ayah aku seorang Kakitangan Kerajaan,dia habis kerja pukul 4.30petang,tapi pukul 3.45 dia dah ada dirumah.Itulah kepantasan luar biasa"Kat Tahir bangga.
Seorang pekerja lelaki bekerja ditingkat 13 Menara KLCC,tiba tiba menjerit.
Omar...Omar....Isteri kau telefon.katanya ada kecemasan...!
Kerana panik,lelaki ini terus meloncat keluar melalui tinkat dari 13 itu.Ketika dia menghampiri tingkat 9,baru dia teringat bahawa dia tidak ada isteri.Setelah dia menghampiri tingkat 5,baru dia tersedar yang dia belum berkahwin.Dan ketika dia hampir terhempas ke tanah,barulah dia sedar yang namanya bukanlah Omar.
Seorang Wanita tua sedang menghadiri perbicaraan di mahkamah kerana melanggar lampu merah.Dia menjelaskan kepada hakim bahwa dia seorang guru dan minta supaya perkaranya diselesaikan dengan cepat agar dia boleh segera kembali ke kelasnya.
"Baik...baik..."kata hakim.
"Anda seorang guru?"sudah bertahun tahun saya menunggu kedatangan seorang guru dalam perbicaraan saya ini.Sebagai hukumannya,sekarang cikgu duduk di meja itu dan tulislah"SAYA TIDAK AKAN MELANGGAR LAMPU MERAH LAGI"sebanyak 1,000kali"
Seorang gadis kecil berasa badanya lemah dan sakit ketika dia berada di pasarraya bersama ibunya.
"Mama!" kata gadis kecil itu tiba tiba."Boleh kita balik sekarang?"
"Mana boleh!"jawab ibunya
"Ma.....Saya rasa nak muntah!"
"Pergi ke tandas di tingkat atas..."
Setelah kira kira lima minit,gadis kecil itu kembali ke tempat asalnya.
"Sudah selesai?"tanya ibunya.
"Ya"
"Cepatnya"
"Sya tak pergi ke tingkat atas ma"kata anaknya lalu menyambung,"Kat tepi tu ada sebuah kotak derma.....ada tulisan 'UNTUK ORANG YANG SAKIT'
Seorang lelaki rabun dekat,pergi ke pameran lukisan.Isterinya ikut sama,mereka meneliti potret-potret itu dengan khusyuk hinggalah tiba tiba si suami menjerit...
"Ceh! Inilah lukisan paling buruk pernah aku tengok!"ucap lelaki itu sambil menunding kearah lukisan di hadapannya.
"Oii cik abang....itukan muka awak kat dalam cermin!" tu lah,lain kali kalau nak pergi mana mana jangan lupa bawak cermin mata!" kata si isteri lantas menarik telinga suaminya..
Suatu hari Atan Dan Mael pergi memburu di pinggir hutan,malangnya belum sempat dapat habuan,Mael diterkam pakbelang.Atan yang memang terkenal dengan perangai kelam kabutnya terus lari lintang pukang,pergi balai polis.
ATAN: Ssss....ssselamat pagi tuan.
POLIS: Selamat pagi.Apa hal tercungap cungap ni?
ATAN: Sssa....ssaa.saya nak buat report tuan.
POLIS: Report pasal apa tu?
ATAN: Pasal kawan saya dibaham harimau.
POLIS: Ha! Dibaham rimau? Pukul berapa?
ATAN: Tak! Dia tak pukul, dia terkam.
POLIS: Habis?
ATAN: Tak habis,tinggal kepala.