Poster

Kita mulakan majlis dgn bacaan doa selamat dari sahabat kita saudara Badrul Hisham Kalo Korang ingat balik dia nie dari kelas sains dan dihoskan oleh kawan kita Nazir(Bedul)

Aku dijemput utk menyampaikan sepatah dua kata utk majlis nie..gementar rasenye tpi buat selamba jer!!!



Dasyat gak Ustaz kita nie..selesai jer aku gi ucapan die dan sazali capai mic ape lagi berduet la diorg nyanyi Lgu kumpulan Data"Nyanyian Buat Kekasih" Sporting La..Ustaz kita nie..Aku ibaratkan dia nie mcm Ustaz Akhil Hay Laa..Baru happy bro..




Ustaz kita nie dah menyanyi 3 lagu secara berturut-turut dan dah ada peminat pun siap bagi bagi bunga lak tu(Salyusri ketua lanun)..Sabo yek ustaz, tujuh lagu lagi kita akan rakam di next reunion yek..Aku dah risau masa tu sebab ustaz kita dah semput!! doctor Salmi lak dah lik rumah

                                              Possing istimewa dari puteri-puteri smrs 94


Sambil menjamu selera kami semua sempat beramah mesra sesama kami serta mengimbau kembali kisah 2 lucu semasa di bangku sekolah dulu..geli hati kalo teringat kisah semasa dibangku sekolah dulu..ada suka dan ada duka..Tidak lupa juga perjumpaan kita kali ini juga ingin membincangkan utki menubuhkan "ALUMI" Atau persatuan moga perjumpaan kali ini akan mendapat sambutan yg lebih ramai dari kekawan kita yg lain..





ini ialah aset utama sesebuah "REUNION" bergambar beramai ramai. berposing posing di depan Kamera utk meninggalkan satu dalam seribu kenangan..(Sesi Fotografi)

Selesai Saja sesi Fotografi,Sebahagian dari kekawan kita yang terdiri dari kaum Hawa mula meninggalkan Majlis Al maklumla..anak 2 dah start meragam,tapi bagi kaum Adam masih lagi tak puas bercerita..sambil bersembang ada gak kekawan kita menyumbangkan lagu untuk memeriahkan kembali majlis









Tepat pkl 6.30 sedang kekwn kita melalak dan bersembang,Kami dikejutkan dgn seorang lagi kwn lame kita "EX smrs" iaitu "SULAIMAN"nampaknye kene bual panjang lagi le jawabnye..

                                                        Sulaiman EX smrs & skb

Jam sudah menunjukan pkl 740 mlm ramai kekawan kita sudah angkat kaki utk pulang kerumah masing masing tapi aku,Salyusri dan Rustam masih lagi bersembang dgn Own dan Linda buat "Post motem" utk majlis nie,tapi nampaknye deringan telefon Own menandakan ada lagi kehadiran dari kekawan kita,kali ini kami akan memerima kunjungan dari kawan lama kita iaitu "RAZMINAN dan WAHAB dari BATU HAMPAR..
 
Dan kunjungan terakhir dari sahabat kita atau bendahari kita pada hari itu pada pkl 10.00mlm ialah MOHD KHAIRUL NIZAM NORDIN


Borak punya borak jam dah menunjukan pkl 12.30 berat rasa nak meninggalkan kekawan ingin rasanye sambung borak lagi tapi masa tak mengizinkan kami meneruskannye..Mata pun dah berat,badan pun dah letih tapi kenangan bersama kekawan pada hari ini tetap segar dalam ingatan dan meninggalkan seribu kenangan,nampaknye usaha kita bersama sama utk bertemu antara satu sama lain berhasil..Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT Semoga ikatan persahabatan kita tidak terhenti disini sahaja.Teruskan usaha kita semua utk terus mencari kekawan kita utk meyertai program REUNION dimasa akan datang HIDUP SMRS 90-94!!!.28/11/09 SEGAR DALAM INGATAN!! 
Ahad 28/11/2009-Jam menunjukan pkl 10.00am ,aku masih di kampung(kpg Kota)aku terima satu panggilan dari salyusri meminta aku utk datang ke rumah linda.sesampai aku dirumah linda aku menerima hadiah dari salyusri utk diberikan kepada Cikgu kesayangan kita iaitu cikgu Mohd Noor Rashid yg kini berada di Kamunting Taiping(tidak jauh dari rumah aku).


Lepas terima hadiah lepak borak lagi dgn salyusri,linda dan own sampai pkl 1 ptg tak puas rasanya..

Hadiah disampaikan kepada Cikgu Mohd Noor Rashid dlm pkl 3.30ptg,dgn tersenyum lebar cikgu menerima hadiah dari anak murid kesayangannye,Apalaa..hadiahnye yek? hanya salyusri dan cikgu je yang tahu!!!! Sal aku dah kasi hadiah ko!!!


     NAMA KEKAWAN YG HADIR
  1. Rustam
  2. Shidee
  3. Azmi
  4. Zaki
  5. Nizam
  6. Khairul Nizam
  7. Salyusri
  8. Razali
  9. Nazir
  10. Saiful
  11. Own
  12. Sobri
  13. Yusri
  14. Badrul Hisham
  15. Sazali
  16. Helmizan
  17. Hamirul
  18. Shahrumnizal(Shah)
  19. Faizal
  20. Najib
  21. Razali
  22. Azli(malam)
  23. Kaharuddin(malam)
  24. Wahab
  25. Razmizan
  26. Ariffin
  27. Fuad
  28. Shuhaili
  29. Wak Nazariman
  30. Zahiruddin
  31. Sulaiman
  32. Izwan Fadly
  33. Manaf
  34. Shamsul
  35. Khiri
  36. Mazlinda
  37. Zaliana
  38. Nor Aini Salmi
  39. Erniewati
  40. Jamilah
  41. Rosilawati
  42. Shima
  43. Suriani
  44. Mazlina(Oche)
  45. Mazliana(Sayang)
  46. Zuhailla
  47. Norhayati
     TERIMA KASIH DAN SEGUNUNG PENGHARGAAN KEPADA:
  1. MALINDA DAN OWN(TUAN RUMAH DAN PENGERAK REUNION PROGRAM)
  2. RUSTAM(SPONSER KHEMAH)
  3. SHIDEE(SPONSER KEPERLUAN LAIN,BUAH-BUAHAN DAN KHEMAH)
  4. IZWAN FADLY(SPONSER KARAOKE SET)
  5. SHAMSUL(SPONSER BANNER)
  6. SURIANI & SUAMI(BUBUR KACANG)
  7. WAHAB(SPONSER IKAN PARI 11KG)
  8. SOBRI(KUAH KACANG)
  9. ZUHAILA & SUAMI,FAIZAL,ARIFFIN(MEMERAH KERINGAT SEJAK MALAM)
  10. DOC NOR AINI SALMI DAN ZALIANA(PREPARATION MAKANAN PADA PAGI REUNION)
  11. KHAIRUL NIZAM(BENDAHARI) 
  12. RAZALI & ISTERI(PREPARATION)
DAN KEPADA KEKAWAN  LAIN YANG SAMA SAMA MEMBANTU MENJAYAKAN PROGRAM INI,DAN KEPADA KEKAWAN YANG TIDAK DAPAT HADIR TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN DAN SUPPORT TANPA SUPPORT DARI ANDA SEMUA PROGRAM INI TIDAK AKAN BERJAYA,SEE U YOUR AT NEXT PROGRAM SEMOGA PERSAHABATAN KITA TIDAK TERPUTUS DI SINI SAHAJA!!HIDUP SMRS 94

DATANG JANGAN TAK DATANG!!!!


Nak tgk wajah baru kekawan kita,jemput datang dan sertailah "Reunion Program SMRS 94" Pada Hari Sabtu 28/11/2009 Rumah MAZLINDA...Beruas

TERBARU 14/11/2009


Bilangan semakin meningkat kepada 68 orang dan dijangka boleh mencecah kepada 70 org yang mengesahkan kehadiran mereka pada "REUNION SMRS 94" Pada 28/11/09 hari raya kedua Hari Raya Haji..
"Bersedia Untuk Beramah Mesra" dengan kekawan yg telah terpisah berbelas tahun....Syukur Alhamdulilah
Bersedia Untuk 14,13,12 hari dan seterusnya..

JALAN JALAN CARI MAKAN


Pada 24/10 yang lalu aku dan isteri aku ke seberang jaya Pulau Pinang utk berjumpa dgn kawan isteri aku siti padilah,kami mengambil kesempatan utk menikmati makanan yg terkenal di sekitar seberang jaya iaitu Mee Udang.Kedai yg terletak di sungai Dua seberang jaya ini memang terkenal dgn udang yg besar dan freshnya.kedai nie gak pernah masuk dalam rancangan yg di hoskan oleh Maria Tengku Sabri Iaitu Jalan Jalan Cari Makan,Untuk pengetahuan kekawan semua kedai nielah sebenarnya pengasas mee udang yg sebenar benarnya..So kalau pergi dua jgn tersilap kedai utk menikmati original mee udang.Apabila sampai je kekedai tu kita disuruh memilih sendiri udang utk dimasukan dalam mee tersebut..terdapat dua jenis udang samada kita mahu menikmati udang galah atau kertas..saiz udang tu rasanye lebih besar dari ibu jari kita,udang pun masih hidup siot!!! harga makanan dikenankan memang berpatutan!!!

OPS "CARI DAN TERJAH


Adakah korang masih ingat lagi wajah kawan kita nie? Azhar Azhari yang kini bekerja di Pulau Langkawi..Gambar nie di ambil dalam facebook.Ops nie kita namakan" FROM LANGKAWI WITH LOVE!"

Seorang lagi kawan kita dari Smrs 94...Hafiz Othman..Ops nie kita namakan "HAFIZ EX SMRS"


Zuhaila Atau nama glamournya Ella Ex Smrs Dari 1990 sehingga bulan May 1992,walaupun hanya 2 tahun 5bulan sahaja berada di Smrs tetapi semangat untuk bertemu dan mencari kekawan lama dari Smrs tetap membara dalam jiwa Ella, 23/10/09 otai kita Linda Berjumpa dgn Ella bagi membincangkan persiapan utuk reunion program yang akan menjelang Tiba. Serba sedikit tentang Ella:
  1.  Ex Smrs 1990  hingga 1992
  2. Tinggal di asrama Smrs semasa pengajian di SMRS
  3. Berasal dari Pantai Remis dan kembali menetap di Pantai Remis dan meneruskan Pengajian di SDI
Ops nie kita namakan" LUNCH DATE WIH ELLA!


Mohd Radzi, seorang pelajar yang boleh dikatakan" Aktif" dalam aktiviti Kokurikulum dan Persatuan semasa di SMRS dulu, Radzi juga kalo korang ingat seorang "PENGAWAS PERPUSTAKAAN" Radzi kini berada di TELUK INTAN PERAK...24/10/09 otai kita Linda dan Own sempat gak melebarkan siri penterjahannya ke TELUK INTAN utk berjumpa dgn Radzi..syabas otai!!!! ops nie episod "RADZI AT TELUK INTAN"



Nampaknya bahang Reunion SMRS 94 semakin terasa kekawan kita skrg terus mencari dan menerjah ke serata ceruk,24/10/09 IPOH, Yusniyati juga salah satu tulang belakang untuk Reunion project kita ini ,melancarkan satu pertemuan dgn kekawan disekitar ipoh dan kawasan yg berhampiran dgn Ipoh.nielah wajah terbaru kekawan kita dari SMRS.Diorg lunch date di GREENTOWN Ipoh.Ops kali ini episod: "PUTERI PUTERI SMRS 94"
Dari kiri: Nor Aini Salmi,Norazlina,Rohaida,Yusniyati Dan Kamariah


Suriani, Kalo korang tak ingat dia nie senang je nak remind lik masa sekolah dulu dia selalu rapat dgn Mazlinda dan diberuas rumahnya juga dekat rumah linda.Suriani kini8 menetap di PENANG dan mempunyai 2 org cahaya mata.Kita doakan semoga sue sentiasa bahagia bersama suami dan anak anak.Ops episod' EX SMRS FROM PENANG"


Ni gambar terbaru dri sahabat kita Mohd Azraie EX SMRS die kini  berkerja di IPOH,JABATAN PERHUTANAN atau "FORREST"..Thanks cause support my blog!! Ops episod "FORREST "


Sazali setakat nie dalam plan nak sponser ikan utk buat BBQ pada reunion program nanti.Kalo korang ingat kawan kita yang satu nie start join kat SMRS pada tahun 1993 hingga 1994 jer..skrag dia active dalam program KONVOI BERKERETA(KELAB BELIA)...Episod "SAZALI DAN KELABNYA"


Dah lama tak jumpa kawan aku yg sorang nie, dia join SMRS pun 1 year je..pastu pindah ke Manjung sbb keluarganya berpindah kesana..Izwan Fadly juga bekas pelajar SKB(Sekolah kebangsaan Beruas),kini dia bekerja di KLIA dan disamping itu membuka sebuah CYBER CAFE di NILAI.

SECEBIS RENUNGAN

Pada hari kiamat nanti Allah akan menolak 4 macam alasan daripada 4 jenis golongan manusia iaitu:
  1. Orang kaya,kalau sekiranya ia berkata,"Kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh sendiri telah menyibukan aku sehinngga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan." Kepada mereka ini Allah berfirman, 'Kekayaanmu tidaklah setanding dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa daripada mengigati aku."
  2. Hamba Sahya, sekiranya dia berkata,"Aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas, oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepada mu" Firman Allah kepadanya,"Utusan  ku yang bernama Niabi Yusof juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula dia leka daripada mengerjakan ibadatnya terhadap ku"
  3. Orang miskin,sekiranya dia berkata,"Kemiskinan dan kekurangan yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepadamu"Firman Allah kepadanya,"Kemiskinan yang kamu rasai tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusan ku iaitu Nabi Isa a..s dan dia tidaklah pula megabaikan tanggungjawab kepada ku"
  4. Orang yang sedang menderita sakit,sekiranya dia berkata,"Penyakit inilah yang menghalang aku daripada sujud terhadap mu "Firman Allah Kepadanya,"Penyakitmu itu tidaklah seteruk apa yang dialami oleh hamba ku yang mulia iaitu Nabi Ayub a.s, tetapi lidah dan hatinya sedikit pun tidak berhenti daripada menyebut namaku"

NAVIGASI LAMAN

Social Icons

Followers

Movie Category 5

Featured Posts

Pages

Sample Text