Poster

OPS "CARI DAN TERJAH






05/12/2009 SABTU 10.00AM     Ops "Cari Dan Terjah" masih dijalankan,walaupun REUNION SMRS 94 (2009) telah berakhir.Kali ini aku dan isteri menyertai Linda dan Own menerjah kawan2 yg berada disekitar IPOH.Kali ini kami berpeluang utk bertemu dgn EX SMRS Iaitu Kamariah(kama),Azizah(Azizah The Legend),Mohd Azraie(Ain) dan Asrol.Pertemuan diadakan di restoran Nasi Kandar"NASHMIR"(Taman Rekreasi).Sesampai je aku dan isteri ke tempat yang dijanjikan Kamariah,mazlinda dan Own sudah berada ditempat yg dijanjikan,kemudian disusuli oleh Azizah,kemudian azraie dan terakhir Asrol.Happy sgt jumpa diorg watak diorg still seperti watak semasa dibangku sekolah dulu,Kamariah still peramah,azizah lak mcm dulu gak still malu malu cover cun die laa..ain lak low profile dan asrol still dgn watak Brutalnye..selesai jer borak-borak kat taman tu..kitaorg ke "OLDTOWN WHITE COFFE" di GREENTOWN utk mengisi perut,maklumlaa..dari rumah tak Breakfast sbb nak breakfast dgn kekwn kat ipoh,borak pya pasal tak sedar jam dah menunjukan pkl 11.30am so aku pun tak tahu le samaada kitaorg nie nak breakfast atau lunch.kitaorg(kecuali kama sbb nak balik beruas)menghabiskan masa sambil menonton gambar2 semasa reunion itu hari bersama2 dlm laptop own di "OLDTOWN"sedar2 dah pkl 1.30 so!masa utk "Gerak".
 

KUMPULAN PANCA SITARA
"BILA LARUT MALAM "TARA KUHCA !TARA KUCHA!
Dari Kiri:Wan(isteri,),Linda,Kamariah dan Azizah





Dari kiri: Aku,Asrol,Azraie dan Own
FROM KUALA KANGSAR WITH LOVE


        Setelah menghabiskan masa bersama-sama kekawan ipoh,on the way nak balik ke Taiping singgah jap di bandar di raja iaitu "Kuala Kangsar" nak pekena Laksa kuale Sedap siuut!!!!!.Sesampai di bandar diraja tgk2 ada function Klasik dari artis-artis 60an anjuran Radio Klasik Nasional.Apalagi layan laa..walaupun artis2 yg membuat persembahan itu tidak sehangat artis yg tgh top dialaf moden ini..tapi diorg pernah top dizaman kegemilangan mereka dulu Zaman 60-80an zaman Emak dan Bapa kita dulu..le .
       Antara artis yg membuat persembahan seingat aku ialah Najib Haniff(sama mcm nama aku ler) yang pernah top dgn lagu "Kelip-Kelip Ku Sangka Api" dan satu nie memang aku minat habis dgn dia,dan kita membesar pun dengan alunan-alunan muzik darinya Mempersembahkan "Norshila Amin" dgn lagu "Rambu Ramba" dan "Aku Sudah Jatuh Hati" da'di'da'di'da'da'di  Aku Sudah Jatuh Hati ,Layan!!!!!Ingat masa kecik2 dulu tgh Main Guli He!!He!!!Nasib baik takde kumpulan Sweet September aku minat lagu diorg tajuk "Hatiku Kau Guris Luka" .Artis Yg lain aku tak ingat namanye...habis layan lagu Norshila Amin, aku dan isteri p pekena Laksa Kuale dan seterusnya jalan2 di sekitar Kuala kangsar!!





Permandangan Sungai Perak
 
Jabatan Sayong Kuala Kangsar




Masjid Ubudiah Bukit Chandan Kuala Kangsar



Muzium Di Raja Perak Kuala Kangsar

Istana Diraja Kuala Kangsar


Galeri Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar

SEBAHAGIAN SEKOLAH YANG MELAHIRKAN MURID-MURID SEKOLAH MENENGAH RAJA SHAHRIMAN

 
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU HAMPAR




SEKOLAH KEBANGSAAN DENDANG


  
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KOTA

  
SEKOLAH KEBANGSAAN GELONG GAJAH

  
SEKOLAH
KEBANGSAAN BERUAS



SEKOLAH KEBANGSAAN GANGGA



INILAH SEKOLAH YANG MENINGGALKAN SERIBU KENANGAN SUKA DAN DUKA ANTARA KITA(SEKOLAH MENENGAH RAJA SHAHRIMAN








SEJARAH SEKOLAH,ASAL USUL DAN PERKEMBANGANNYA


      Letaknya lebih kurang 1 kilometer dari pekan Beruas.Penubuhan sekolah ini berperingkat-peringkat dari sekolah rendah kemudian ke peringkat sekolah menengah rendah.Seterusnya terbentuklah Sek.Men.Keb.Raja Shahriman,Beruas.Nama Sekolah Menengah Raja Shahriman bukanlah nama asalnya.Pada 8 februari 1960.Sekolah ini dikenali,dgn nama Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan atau National Type Secondary School,Beruas.Pada tahun 1968,barulah diisytiharkan dengan nama rasminya nama baru iaitu Sekolah Menengah Raja Shahriman nama Almarhum Engku Raja Shahriman Ibni Raja Abd Hamid.S.P.M.P.,J.M.N.,P.J.K,O.K.K.Maha Kurnia Indera Diraja Orang Besar Jajahan Manjung.

             Pada tanggal 22 Februari 1958,tertulis sepucuk surat kepada yang Maha Mulia Raja Muda Perak untuk Menyuarakan hasrat penduduk-penduduk Beruas bagi menubuhkan sebuah Sekolah Menengah serta mengharapkan pertolongan untuk mendapatkan persetujuan kerajaan.Beberapa orang wakil ibu bapa telah menandatangani surat tersebut dengan diketuai oleh:
  1. EN CHEW BIEW YAT                 Pengerusi Majlis Tempatan
  2. EN CHANG YOON YAT            Persatuan Orang2 Cina Cawangan Beruas
  3. EN MAT AROPE HJ.SEMAT      Yang dipertua Perikatan Cawangan Beruas
  4. EN MOHD YAAKUB U. LAMBOK    Ketua Kampung Beruas
  5. EN V.N.KARTIINGAMER JP,PJK Kongres Orang2 India Cawangan Beruas
       Pada tanggal 5 Mac 1958,disusuli pula sepucuk surat kepada Ahlo Dewan Undangan Negeri Perak,YB Hj Ishak Mahmud untuk mendapatkan sokongan kepada rancangan diatas dan diutus juga surat kepada Ketua Pegawai Pelajaran Perak dan Y.A.B Menteri Besar Perak.Tiada jawapan yang diterima dalam usaha ini.Sepucuk surat lagi dihantar kepada Ketua Pegawai Pelajaran Perak EN.F.T LAY DIAW pada 1958.

        Jawapan dari Jabatan Pelajaran diterima tetapi jawapannya tidak memuaskan hati penduduk Beruas kerana menurut Jabatan Pelajaran,Kelas Menengah di Beruas tidak dapat dijalankan kerana melibatkan pertambahan dalam perjawatan Sekolah Menengah kerana pada masa itu tiada peruntukan kewangan

        Tindakan susulan diambil oleh penduduk Beruas dengan mengutus surat kepada Y.B Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu bagi mendapatkan kebenaran mendirikan sebuah sekolah menengah di Beruas.Ahli-ahli rombongan itu diketuai oleh En Mohaidin Abd Razak dan disertai oleh En Mohd Jais,En Voo Chew Fook dan En Arope Semat.Hasilnya pada 8 Feb 1960,kelas Menengah beraliran inggeris dapat diadakan.Pada awal penubuhanya sekolah ini terdiri daripada sebuah kelas tingkatan satu sahaja dan menumpang dibangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris Beruas.

        Selepas seminggu kelas dibuka,sesuatu yang memeranjatkan berlaku apabila murid murid itu diarah melaporkan diri ketingkatan satu Sekolah Menengah Iskandar Shah, Parit.Kemudian wakil ibu bapa berjumpa dgn EN YEAH TAT BENG,Ahli Parlimen Beruas,untuk meminta sokonganya supaya kelas tingkatan satu di Parit itu dapat dipindahkan semula ke Beruas.Beliau telah menulis surat kepada Y.B Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu untuk menyatakan masaalah yang dihadapi oleh ibu bapa di Beruas apabila EN LIEW WHY HONE(Arkitek) dari ipoh yang telah menghantar surat kepada Kapten Hamid,Timbalan Menteri Pelajaran.Akhirnya Kelas Tingkatan Satu dipindahkan semula ke Beruas.

       Pada tahun 1962,kelas tingkatan tiga dibuka dan pertama kalinya peperiksaan Lower Certificate Of Education(LCE)diadakan.Pada tahun 1963,kelas tingkatan satu(Aliran Melayu)dibuka dan pelajar menduduki peperisaan Sijil Rendah Pelajaran(SRP) pada tahun 1965

       Pada tanggal 4 September1962, pengerusi Majlis Tempatan Beruas telah menghantar surat kepada Pegawai Pelajaran Perak untuk memohon kebenaran mengadakan tingkatan empat pada awal tahun 1963.Akan tetapi Tingkatan Empat tidak dapat diadakan kerana bilangan pelajar yang lulus tidak mencukupi.Akhirnya usaha ini mencapai kejayaan pada tahun 1968,apabila bilangan murid yang lulus mencukupi untuk satu kelas tingkatan empat.Bersempena dengan ini,nama baru diambil bagi mengenang jasa dan sumbangan yang pernah dicurahkan oleh Almarhum Engku Raja Shahriman Ibni Abdul Hamid terhadap penubuhan sekolah ini.Sehingga kini terdapat seramai 15 orang pengetua yang telah berkhidmat di sekolah ini Iaitu:
  1. EN FRANCAIS HO SOOI                              1960-JUN 1963
  2. EN CHONG SHIN YEE                                  JULAI 1963-JAN 1966
  3. EN LIM POH TOOI                                        FEB 1966-DIS 1972
  4. EN ONG HONG WENG                                 JAN 1972-JAN 1977
  5. EN ABD HALIM  B MOHD AWIN                FEB 1977-DIS 1990 
  6. TN.HJ MOHD ZIN BIN ZON                         JAN 1981-MAC 1986
  7. EN SOPIAN BIN ISMAIL                              APR 1986-FEB 1988
  8. EN MOHD AZHARI BIN ARBI                      JAN 1989-DIS 1990
  9. EN AHMAB MURAD BIN MANAF              DIS 1990-NOV 1991
  10. TN.HJ MOHD YUSOF B HJ SAIDIN            JAN 1991-APRIL 1992
  11. TN HJ OMAR BIN YUSOF                           APRIL 1992-FEB 1995
  12. TN HJ MOHD SIRAT BIN YAHAYA            FEB 1995-MAC 1998
  13. EN ZAINAL ABIDIN BIN MANAS              APRIL 1998-MEI 2003
  14. CIK HJH RAFIDAH BINTI YAHAYA          JULAI 2003-MAC 2004
  15. PN ROMLAH BINTI ISHAK                        APRIL 2004 HINGGA KINI 



REUNION PROCESS


21/09/2009(Hari Raya Ke 2)
Najib:(Reunion Pertama)
Balik Kampung Kota..Jumpa Kaharuddin,Zahiruddin,Norli,Sobri,Norlizam Dan Rostam.
Dan Dapat Contact Dri Shuhaili Buat Reunion Program.. Pada Raya Ke 4

23/09/2009(Hari Raya Ke 4)
Najib:(Reunion Kedua)
Sekali Lagi Balik Kampung Utk Reunion Di Kampung Tualang(Simpang 3),Kehadiran Pada Hari
Itu.Shuhaili,Rostam,Khiri,Saharuddin,Shamsul,Azbanizam,Shidee Dan Kaharuddin.
On The Way Nak Pergi Kpg Tualang Singgah Rumah Mazlinda Minta Contact No..Dri Kakaknya.
Dan Terus Contact...

23/09/2009(Malam Raya Ke 4)
Azbanizam,Saharuddin,Shamsul,Rostam,Khiri Dan Shidee Berkunjung Ke Rumah Aku Di Tpg
Menghabiskan Masa Berbincang Tentang Reunion Akan Datang..

24/09/2009
Najib:
Hantar Gambar Melalui Email Dekat Linda..Dan Start Berbincang Dgn Linda Pasal Reunion Project Dan Kami Start Mencari Dan Mengumpul Nama Kekawan Serta Melancarkan Satu OPS
Yang Dinamakan OPS "Cari Dan Terjah"

25-30/09/2009
Najib,Linda & Own
Meneruskan Misi "Cari Dan Terjah" Dan Dgn Bantuan Umi,Rostam Dan Kekawan Yg Lain
Nama Serta No Phone Dpt Dikumpulkan Sehingga Kini Sebanyak 94 Dan Di Jangka Bertambah
Insyaallah...

01/10/2009
Linda:
OPS" Menerjah Seorang Ex Smrs Bernama Sobri..

03/10/2009
Linda & Own:
Terjah Rumah Ex smrs Azli..Dan Dpt Mengumpulkan Kekwan Yg Lain Sperti Ariffin,Zaliana Serta Umi Kalsom

10/10/2009(Pagi)
Linda & Own:
Mengadakan Satu Pertemuan Kekawan Lama(Ex Smrs) Di KFC UNIVERSITI..Yang Dihadiri
Marina,Zaurah,Razali,Nizam Nordin,Shakir,Saufi,Ariffin,Zaliana Dan Zuhaila..

10/10/2009(Malam)
Linda,Own,Rostam Dan Shidee Turun Taiping Utk Membincangkan "REUNION PROJECT' Yang Akan Diadakan Pada Raya Haji 28/11/2009(Sabtu)Di Rumah Mazlinda Di Jalan Parit
Beruas Perak..

12/10/2009
Linda:
Menghantar Pesanan Ringkas Ke 94 Org Kekawan(Sms) Utk Ke Majlis Reunion Yg Akan Di adakan Pada Hri Raya Haji Nanti

13/10 to 23/11/2009
Linda,Najib,Rustam  Dan Yusniyati
Mendapat Feedback dari kekawan dan mengesahkan kehadiran mereka dalam Reunion Project nanti..


24/11/2009
Linda:
Sudah Berada Di kampung(Beruas)Sejak  22/11/2009 Untuk Preparation Reunion Program turut membantu
linda ialah Rustam dan shidee..

25/11/2009
Linda:
Pergi kesekolah menengah raja  shahriman(SMRS) ,berjumpa dgn Pengetua utk mencari khazanah2 SMRS 94 Seperti Album2 lama..dan Usaha kita utk mengadakan majlis perjumpaan kawan2 lama kita di sokong
sepenuhnya oleh pengetua(SMRS)


REUNION (TIBALAH DETIK YANG DITUNGGU TUNGGU)


Setiap saat hati kami semua bedebar menanti kehadiran kekawan,dan disetiap kepala otak senantiasa mengimbau kembali watak2 kekawan semasa di bangku sekolah dulu..sampaikan ada kekawan kita terpaksa menanyakan sendiri kepada tuan badan anak siapakah awak nie..mungkin dgn cara gitu boleh menangkap kembali watak seseorang itu semasa dibangku sekolah..anyway majlis nie bukan sahaja majlis suai kenal tetapi juga majlis untuk kita perah otak.. he..he..
INILAH SEBAHAGIAN WATAK WATAK DALAM REUNION SMRS 90-94

NAVIGASI LAMAN

Social Icons

Followers

Movie Category 5

Featured Posts

Pages

Sample Text