Poster

OPS "CARI DAN TERJAH




   Yes!!!! akhirnya kita dapat mencari seorang lagi kawan kita ex smrs sapa lagi kalo bukan Nor Azni atau nama panggilan glamournya semasa di sekolah iaitu Ami..Nor Azni juga seorang bekas pemain Bola Jaring Smrs bersama kak Zaurah,Kamariah, Salmi dan Bahbibi..berasal dari Kampung Pintu Gerbang Perak dan kini berada tinggal di Jerantut Pahang..Ops cari dan terjah yang dijalankan oleh kak Zaurah semasa di Pintu Gerbang baru baru ini,semoga gambar dari sahabat kita ini dapat mengubat kerinduan kita semua yang setelah sekian lama tak berjumpa dgnya...daripada gambar yg dikirimkan azni masih mcm dulu lagi..dan untuk Azni semoga berjaya dlm kerjaya yg di ceburi..dan kami semua kekawan smrs 90-94 mendoakan kejayaan Azni..dan jangan lupa join next reunion program..see u next time..dan kepada akak zaurah terima kasih atas kiriman ganbar nie..wa caya lu!!!!!!

OPS CARI DAN TERJAH


Kita dapat terjah seorang lagi kawan kita iaitu ROZITA ,Mungkin ramai yang tak mengenali Rozita kerana menurutnya dia hanya bersekolah di Smrs hanya satu tahun sahaja dan selepas itu ia telah bertukar ke ke Smab(SEKOLAH MENENGAH AHMAD BUSTAMAM)Di Sitiawan.Semasa di Smrs 1990 dia berada di kelas 1P1(1perdagagan 1),Berasal dari Gelong Gajah dan bersekolah di Sekolah Rendah kebangsaan Gelung Gajah,Rozita kini bekerja di RIYADH Arab Saudi..sebagai Jururawat...menurut sumber darinya dia telah bekerja di Riyadh selama 3Tahun,Mungkin kekawan kita yang berasal dari Gelung Gajah dan bersekolah di SKGG Lebih rapat mengenalinya..Tapi bagi aku..walaupun hanya 1 tahun di Smrs,tapi aku rasakan Rozita nie seorang yang peramah dari segi Chating kami semasa di Facebook...Kita doakan semoga Rozita berjaya dalam Kerjayanya dan bahagia bersama keluarganya.episod Ops Cari Dan Terjah kali ini bertajuk"CETUSAN DARI RIYADH"




KENDURI ADIK OWN DI SUNGAI ROTAN TRONG PERAK 19/12/2009


Zaurah dan Mazliana Hashim(Ochee)
 
                                                        Bila Mak Andam menyanyi

                                        Tak Kurang hebatnya jugak ketua lanun nie!!!

                                 Sempat Gak Terjah seorang Ex Smrs Kusyairi Bin Ismail

                                          Sempat Possing kat pelamin dgn kekawan lama..

     19/12/2009 Sabtu, kenduri di rumah sahabat aku own dan otai linda di Sungai Rotan Perak..ari tu plak aku kerja sampai pukul 3 petang,rasa memang berat sgt nak p kenduri..al maklumlah dah pkl 3 ptg sementara nak sampai kat tempat dituju dah pkl 4petang.tapi member punya pasal aku on jer laa...
   Onway aku nak gi kenduri,otai linda dah call aku yang menyatakan kawan lama yg dah lama aku tak jumpa pun ada disitu..sapa lagi kalo bukan mama zaurah(kak zaurah)..umur memang sebaya dgn kita tapi dah dari sekolah memang kitaorg panggil dia kak..(mungkin sebab kematanganya atau kebrutalannya kot)...Oooii ni sudah bagus..walaupun letih rasa badan masih terasa(baru habis kerja) tapi akak zaurah,linda, own dan salyusri(Ketua Lanun) punya pasal membuatkan aku terus bersemangat...lagipun dah 15 tahun aku tak jumpa kak zaurah nak tengok gak kerektornya samada mcm dulu ataupun dah slow(cool)..
      Sampai kat rumah kenduri..pkl 4.15 ptg nak turun kereta pun rasa bedebar debar lak..kpala otak dok ada Question mark!!! camna laa.. kak zaurah sekarang nie yek gambo dah tgk..live blum lagi..trun kreta cover handsome dulu..sampai depan diorng..dah kena kutuk dgn ketua lanun..tapi slamba je ku...bagi masa 5 minit je kat aku, kerektor akak engku zaurah dah terdedah..rupanya brutal cam dulu..hilang tension aku masa dlm perjalanan tdi..ketawa berdekah dekah  jgn kira dgn gelagat kat zaurah dan ditambah tokok oleh ketua lanun..rupa rupanya sebelum kehadiran aku..sempat gak 2org nie melalak!!!! nasib tak hujan..dan satu lagi yg frust tak sempat jumpa Mazlina Hashim(Ochee) yg dah balik awal..
        Tapi kekecewaan itu terubat dgn kehadiran seorang kawan lagi(ex smrs) yang memang lagi lama aku tak jumpa rasa rasanya 17 tahun.. Khusyairi bin Ismail(dari batu 26)..nampaknya makan kenduri sambil menjalankan "Ops Cari Dan Terjah" bak kata pepatah sambil menyelam minum air..
         Serba sedikit tentang Kusyairi bin Ismail
-Berasal dari Batu 26 ,Batu Hampar Perak dan bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Hampar
-Ex Smrs Dari Tahun 1990-1992 Form 1 sampai Form 3 selepas itu melanjutkan pelajaran kesekolah Teknik
-Form 1 sampai Form 3 Bukan kelas Perdadangan (rasanya 1A3 Kot)
-Kini Tinggal di Cheras Kuala Lumpur
-No Phone dia 019-3112860
-Sudah Berumah Tangga
        Perbualan kami Berakhir lebih kurang pkl 5.20 ptg, dan aku terpaksa balik ke taiping sebab ada Friendly Game pada ptg tu(tak kisah main Second half pun takpa)walaupun tak puas rasa berborak dgn kekawan semua tapi masa tidak mengizinkan..untuk Otai Linda dan own Sekeluarga terima kasih kerana menjemput kami ke majlis persandingan adik perempuan kalian,untuk Kak zaurah u still mcm dulu still peramah dan tak boring dgn akak,salyusri tak habis kutuk kitaorg.(jaga ko lepas nie).dan kusyairi lepas ni jgn lost contact kalo ada reunion program join tau....

KHAS UNTUK KAK ZAURAH(MAK ANDAM SMRS 94)



  Kak Zaurah minta aku editkan gambar dia pegang senapang, tapi aku tak leh buat, so untuk tidak menghampakan permintaannya aku editkanlah gambarnya bersama suami tersayang pegang gitar(ni bukan gitar aku lupa namanya).setelah aku editkan gambar nie nampak macam k lak PULAK!! k lah kak Zaurah,walaupun kak pegang menatang tu(gitar) tapi still nampak Brutal gak!!!cayalah kak zaurah(mak Andam) SMRS 94 senantiasa happy!!!!!

Zaurah atau kak zaurah kini ada membuat pakej andaman untuk majlis perkahwinan,kepada kekawan samada abang,adik,kakak,sedara2 atau anda sendiri yang ingin melangsungkan perkahwinan yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari kak zaurah kita untuk make-up,leh la merujuk ke blognya iaitu www.myspace.com/zz collections(link kat aku punya blog erra zaurah aziz my space).

MEMORI DI SMRS 90-94


Pasukan Bola Jaring SMRS Bawah 18thn 1991



Pasukan Bola Jaring SMRS Bawah 15thn 1992

 
Pasukan Bola Jaring SMRS Bawah 18thn 1992

 
                                                    Persatuan Silat Gayung SMRS


    Kelab Ping Pong pada Tahun 1991

        Pengawas-Pengawas Smrs Bagi Sessi 1991/1992



                                                      Gambar Kelas 3p2 thn 1992




   Suasana kawan2 kita didalam kelas 2p1 pada thn 1991,rasanya gambar ni menunjukan kawan2 kita sedang menjalani perperiksaan akhir thn.Masa nie kelas perdagangan iaitu 2p1,2p2 dan 2p3 ditempatkan di blok yang bersebelahan dgn asrama..itupun kalo korang ingat!!!!




Hasil-Hasil Kreativiti Pelajar SMRS



                              

           Guru-Guru Smrs



Masihkan Ingat bangunan ini?kelas-kelas yang selalunya dijadikan alternatif pleh pihak sekolah untuk dijadikan dewan untuk perperiksaan atau sambutan hari guru dan sebagainya....



Gambo ni aku rasa masa pendaftaran form 1..(1990) Persekolahan masa tu Sessi Petang,Gamba r nie batch kita sebab ada lan sorang dua yang aku kenal dalam gambar nie,salah seorangnya Norliza(2 dari depan) norliza ni duduk kat gelung Gajah kalo tak silap aku le....

                                      SUASANA KEM MOTIVASI SUATU KETIKA DULU

                                                 Kelihatan di situ Cikgu Morshidah


Tidak ketinggalan cikgu2 turut serta dlm kem motivasi,kalo tak silap aku motivasi nie diadakan di dalam dewan makan asrama smrs
Dari kiri: cikgu Radin Idawati,cikgu Maznah,cikgu Malhatom,cikgu Azimah dan dibelakang cikgu Siti Hafshah(Bertudung Hitam)
 
Masih ingat lagi tempat nie?gedung ilmu utk pelajar-pelajar smrs, Perpustakaan untuk pelajar pelajar mencari bahan untuk rujukan..dan bagi pengawas2 perpustakaan gambar ini mungkin boleh mengimbau kembali kenangan semasa anda bertugas di perpustakaan smrs..ingatlah kembali masa muda anda....


Bengkel/kelas yang selalunya di gunakan untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup dari form 1 hingga form 3
.
Kelas 4k1 1992 senior kita..bersama guru kelas ketika itu Cikgu Morshidah dan penolong kanan Puan Siti Aminah 


4 Sains 1992(Senior Kita)
 
Ustazah Mariam Sedang Mengajar mata pelajaran pendidikan Islam di kelas 4k2 pada tahun 1993 suatu ketika dulu

NAVIGASI LAMAN

Social Icons

Followers

Movie Category 5

Featured Posts

Pages

Sample Text