Poster

SUATU KETIKA DAHULU SEMASA SESSI PERHIMPUNAN


Kali ini aku ingin mengimbas kembali kenangan semasa kita disessi perhimpunan,masihkah anda semua ingat?Sessi perhimpunan selalu diadakan pada setiap hari isnin untuk sessi persekolahan pagi diantara pkl 7.45 am hgga pkl 8.45 dan untuk sessi persekolah petang pula selalunya diadakan pada pkl 5.45pm hgga 6.30 pm(tu pun kalo tak silap aku)
Sessi perhimpunan nie laa tempat untuk guru2 memberi taklimat kepada semua murid2 dan tidak lupa juga masa nie laa...kita sama2 nyanyikan lagu keramat..seperti negaraku(berdiri dgn tegak) dan lagu sekolah menengah raja shariman dan tak lupa juga dgn bacaan doa.tapi hari perhimpunan nie adalah satu hari yg membosankan pagi pelajar2 yg menpunyai trend atau fesyen pada zaman tu..yelaa kalo tak silap aku pada zaman tu zaman GQ (seluar ada pin kat tepi) tak kurang gak dgn BOOTCUT(kaki seluar besar blah bawah) itu baru seluar tak kira lagi dgn rambut mcm 2 fesyen(nak glamour) kalo layan GQ masa tu rambut nak kena tebuk blah dalam dan kalo layan BOOTCUT kena lah taruk rambut panjang sikit..masa tu kalo dpt taruk rambut panjang skit pecah kepala laa..bro tambah2 blah depan ("Remous" jap jap tarik) rasa bangga habis.Nie laa..menyebabkan murid2 yg bertrend nie Boring nak p sessi perhimpunan nie..habis perhimpunan gerenti ada "Sportcheck" kalo kantoi confirm kena cilok rambut GQ pin kat suar tu sure kena potong..yng tak bestnya kena denda depan org ramai SIUUT TOL LAA..
Tapi kalo terlepas dari sportcheck memang bangga gila..ada gak kekawan masa tu sanggup ponteng sekolah pada setiap hari isnin sebab sayang rambut takut kena potong dgn cikgu,walaupun tak pegi perhimpunan pun belum tentu selamat lagi silap hari bulan selisih dgn cikgu kantoi gak(orang kata kalo nak kena kena gak tul tak).Bagi pelajar pompuan lak tak banyak risiko bagi mereka untuk hadir ke perhimpunan nie..kecuali KUKU,tapi kaum yg paling selamat menghadiri perhimpunan nie ialah "MAT BELIA"(low profile).Itu semua kenangan yg telah berlalu walaupun ada kenangan pahit dan manis pada waktu itu ,ia adalah satu kenangan yg sukar dilupakan dan tidak dapat diulang lagi...ANDA JUGA ADA KENANGAN ANDA TERSENDIRI SEMASA SESSI PERHIMPUNAN ,HANYA ANDA YANG TAHU.....



Mcm nie laa dulu keadaan kita berkumpul semasa sessi perhimpunan perempuan sebelah dan lelaki sebelah..beratur follow class..masa tu ketua dan penolong ketua darjah ambil nama untuk mengelakan pelajar ponteng semasa menghadiri perhimpunan..
 
Berginilah keadaan guru2 semasa menghadiri sessi perhimpunan suatu ketika dulu



Kalo korang masih ingat dalam thn 1990-1994 kita mempunyai beberapa lokasi yang dijadikan tempat untuk sessi perhimpunan diantaranya bersebelahan kantin sekolah,berhampiran bilik guru dan di kawasan padang sekolah.



Seorang pelajar menerima hadiah/cenderahati dari pengetua,sessi perhimpunan nie juga tempat pelajar 2 menerima hadiah hasil dari usaha mereka dalam sesuatu pertandingan yang mereka ceburi,seperti menulis sajak,melukis dan sebagainya...ooh ye satu lagi yang tidak di lupai pertandingan kelas tercantik..ini merupakan acara yang di pertandingkan setiap minggu untuk memupuk semangat kerjasama dan displin antara satu sama lain..(selalunya pelajar pompuan yang selalu menitik beratkan benda nie dalam sesebuah kelas) pelajar lelaki nie faham2 lah kalo kena time kena bertugas mulalah kekawan lain racun.. pakat tinggal laa keje.



Ha....ini kes aku dah lupa..mungkin masa sessi perhimpunan dulu ade ka bacaan ikrar! aku dah lupa dah!!!
 
Ucapan dari pelajar(Zubaidah Senior Kita)



Ahmad Fahame(Senior Kita)





PENYAMPAIAN HADIAH UNTUK OLAHRAGA2 SMRS SUATU KETIKA DAHULU


Hari ini kita imbas beberapa gambar yang aku "upload" untuk ditatap bersama untuk kita imbas kembali detik detik semasa penyampaian hadiah untuk kekawan kita termasuk senior dan junior kita ketika menerima hadiah hasil dari usaha mereka.Feel yang aku dapat rasa ketika ini ialah ketika kawan kita menaiki pondium untuk menerima hadiah lebih2 lagi apabila seseorang yang memenangi pertandingan itu mewakili  pasukan kita..rasa nak berteriak  gembira..(yelah harap kita nak mewakilinya tak mampu so mber menang pun jadiklaa...tumpang bangga).Oiiii bukan main glamournya masa nie yek..apabila nama kita diumumkan sebagai pemenang..jalan kuar control macho dan cun naik pondium depan kekawan lain ambil hadiah..hee..hee..suasah nak di bayangkan...(sebab tak pernah jadi juara)
 


Dalam gambar nie yang aku perasan gambar salah seorang kawan kita iaitu tempat pertama Hishammuddin Mat Amin(nama glamournya "PAK TAM KUDA")
 
Dalam gambar nie sorang lagi kawan kita yang aku kenal dan leh dikatakan rapat gak dgn aku sebab satu kelas dgn aku iaitu Ratnasamy tempat ketiga..confirm aku tahu acara yang dia menangi nie mesti acara "merentas desa" sebab nie adalah acara favouritenya.Bukan saja di Smrs saja dia menyertai acara nie malah dia kerap menyertai tournament2 luar..tapi sekarang tak tahu laa aku samada ia masih aktif atau pun tidak..dah lama aku tak jumpa ko Ratnasamy!!



Kelihatan disitu Ustaz Raof menyampaikan hadiah kepada Junior kita
 
Sapa tak kenal dgn kawan kita nie..tempat pertama Mohd Khairul Nizam Nordin dan Tempat Ketiga Riduan
kalo dalam 100 meter diaorang nie selalu berentap.(.tempat kedua tu aku tak ingat namanya)



Senior kita
 
Junior Kita









KENANGAN HARI SUKAN DI SMRS


                            KEGARISAN!!!! SEDIA!!!!!!DAN DISUDAHI DGN TIUPAN WISEL,

Sukan selalu dikaitkan dgn olahraga,wisel dan tidak ketinggalan juga PASUKAN/RUMAH SULTAN,LAKSAMANA.BENDAHARA DAN TEMENGGUNG...MASIHKAH ANADA INGAT ANDA DI RUMAH MANA SEMASA DISMRS DULU?
 
Guru2 juga antara yg bertungkus lumus dalam menjayakan program sukan di sekolah.



Tidak lupa juga selain Rumah temenggung,Sultan,Bendahara dan Laksamana ialah unit2 beruniform seperti..Persatuan Bulan Sabit Merah(PBSM),St John Ambulans,Puteri Islam,Pandu Puteri,Pengakap dan Kadet Polis juga turut serta dlm program ini..


Persatuan Bulan Sabit Merah(PBSM)

St John Ambulans masa dulu-dulu


Steady!! Bendahara..



Memulakan Pertandingan dgn Laungan Ikrar..untuk membakar semangat.

                                 Rumah Termenggung dgn reka cipta khemah mereka tersendiri

Majlis peyampaian hadiah kepada pemenang2 

Hari sukan bagi aku satu hari yang istimewa bagi murid 2 setiap sekolah.selain dapat mencerdaskan otak setiap murid ia juga satu hari utk murid2 yg aktif dlm kejohanan olahraga berentap serta menunjukan bakat2 yg sedia ada,yo.. korang perlu ingat setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya..mungkin kekawan kita tidak pintar dalam matapelajaran tetapi allah beri keistimewaan kepadanya dlm bidang sukan.Setiap hari asyik mengadap papan hitam je boring gak..disamping tu juga hari sukan bagi aku pada masa itu ialah satu hari leh"freekan minda".Acara yang paling popular dlm sukan olahraga ialah 100,200 4x100 meter..masa nie lah aksi2 sorak menyorak dari pasukan masing,Walaupun aku tidaklah aktif dlm acara olahraga ketika di Shahriman(Sekolah rendah aku aktif)sebab tak dapat bersaing dgn hero2 yang sedia ada..tapi memori dan suasana ketika itu masih dapat aku gambarkan.... 

OPS "CARI DAN TERJAH




   Yes!!!! akhirnya kita dapat mencari seorang lagi kawan kita ex smrs sapa lagi kalo bukan Nor Azni atau nama panggilan glamournya semasa di sekolah iaitu Ami..Nor Azni juga seorang bekas pemain Bola Jaring Smrs bersama kak Zaurah,Kamariah, Salmi dan Bahbibi..berasal dari Kampung Pintu Gerbang Perak dan kini berada tinggal di Jerantut Pahang..Ops cari dan terjah yang dijalankan oleh kak Zaurah semasa di Pintu Gerbang baru baru ini,semoga gambar dari sahabat kita ini dapat mengubat kerinduan kita semua yang setelah sekian lama tak berjumpa dgnya...daripada gambar yg dikirimkan azni masih mcm dulu lagi..dan untuk Azni semoga berjaya dlm kerjaya yg di ceburi..dan kami semua kekawan smrs 90-94 mendoakan kejayaan Azni..dan jangan lupa join next reunion program..see u next time..dan kepada akak zaurah terima kasih atas kiriman ganbar nie..wa caya lu!!!!!!

OPS CARI DAN TERJAH


Kita dapat terjah seorang lagi kawan kita iaitu ROZITA ,Mungkin ramai yang tak mengenali Rozita kerana menurutnya dia hanya bersekolah di Smrs hanya satu tahun sahaja dan selepas itu ia telah bertukar ke ke Smab(SEKOLAH MENENGAH AHMAD BUSTAMAM)Di Sitiawan.Semasa di Smrs 1990 dia berada di kelas 1P1(1perdagagan 1),Berasal dari Gelong Gajah dan bersekolah di Sekolah Rendah kebangsaan Gelung Gajah,Rozita kini bekerja di RIYADH Arab Saudi..sebagai Jururawat...menurut sumber darinya dia telah bekerja di Riyadh selama 3Tahun,Mungkin kekawan kita yang berasal dari Gelung Gajah dan bersekolah di SKGG Lebih rapat mengenalinya..Tapi bagi aku..walaupun hanya 1 tahun di Smrs,tapi aku rasakan Rozita nie seorang yang peramah dari segi Chating kami semasa di Facebook...Kita doakan semoga Rozita berjaya dalam Kerjayanya dan bahagia bersama keluarganya.episod Ops Cari Dan Terjah kali ini bertajuk"CETUSAN DARI RIYADH"




KENDURI ADIK OWN DI SUNGAI ROTAN TRONG PERAK 19/12/2009


Zaurah dan Mazliana Hashim(Ochee)
 
                                                        Bila Mak Andam menyanyi

                                        Tak Kurang hebatnya jugak ketua lanun nie!!!

                                 Sempat Gak Terjah seorang Ex Smrs Kusyairi Bin Ismail

                                          Sempat Possing kat pelamin dgn kekawan lama..

     19/12/2009 Sabtu, kenduri di rumah sahabat aku own dan otai linda di Sungai Rotan Perak..ari tu plak aku kerja sampai pukul 3 petang,rasa memang berat sgt nak p kenduri..al maklumlah dah pkl 3 ptg sementara nak sampai kat tempat dituju dah pkl 4petang.tapi member punya pasal aku on jer laa...
   Onway aku nak gi kenduri,otai linda dah call aku yang menyatakan kawan lama yg dah lama aku tak jumpa pun ada disitu..sapa lagi kalo bukan mama zaurah(kak zaurah)..umur memang sebaya dgn kita tapi dah dari sekolah memang kitaorg panggil dia kak..(mungkin sebab kematanganya atau kebrutalannya kot)...Oooii ni sudah bagus..walaupun letih rasa badan masih terasa(baru habis kerja) tapi akak zaurah,linda, own dan salyusri(Ketua Lanun) punya pasal membuatkan aku terus bersemangat...lagipun dah 15 tahun aku tak jumpa kak zaurah nak tengok gak kerektornya samada mcm dulu ataupun dah slow(cool)..
      Sampai kat rumah kenduri..pkl 4.15 ptg nak turun kereta pun rasa bedebar debar lak..kpala otak dok ada Question mark!!! camna laa.. kak zaurah sekarang nie yek gambo dah tgk..live blum lagi..trun kreta cover handsome dulu..sampai depan diorng..dah kena kutuk dgn ketua lanun..tapi slamba je ku...bagi masa 5 minit je kat aku, kerektor akak engku zaurah dah terdedah..rupanya brutal cam dulu..hilang tension aku masa dlm perjalanan tdi..ketawa berdekah dekah  jgn kira dgn gelagat kat zaurah dan ditambah tokok oleh ketua lanun..rupa rupanya sebelum kehadiran aku..sempat gak 2org nie melalak!!!! nasib tak hujan..dan satu lagi yg frust tak sempat jumpa Mazlina Hashim(Ochee) yg dah balik awal..
        Tapi kekecewaan itu terubat dgn kehadiran seorang kawan lagi(ex smrs) yang memang lagi lama aku tak jumpa rasa rasanya 17 tahun.. Khusyairi bin Ismail(dari batu 26)..nampaknya makan kenduri sambil menjalankan "Ops Cari Dan Terjah" bak kata pepatah sambil menyelam minum air..
         Serba sedikit tentang Kusyairi bin Ismail
-Berasal dari Batu 26 ,Batu Hampar Perak dan bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Hampar
-Ex Smrs Dari Tahun 1990-1992 Form 1 sampai Form 3 selepas itu melanjutkan pelajaran kesekolah Teknik
-Form 1 sampai Form 3 Bukan kelas Perdadangan (rasanya 1A3 Kot)
-Kini Tinggal di Cheras Kuala Lumpur
-No Phone dia 019-3112860
-Sudah Berumah Tangga
        Perbualan kami Berakhir lebih kurang pkl 5.20 ptg, dan aku terpaksa balik ke taiping sebab ada Friendly Game pada ptg tu(tak kisah main Second half pun takpa)walaupun tak puas rasa berborak dgn kekawan semua tapi masa tidak mengizinkan..untuk Otai Linda dan own Sekeluarga terima kasih kerana menjemput kami ke majlis persandingan adik perempuan kalian,untuk Kak zaurah u still mcm dulu still peramah dan tak boring dgn akak,salyusri tak habis kutuk kitaorg.(jaga ko lepas nie).dan kusyairi lepas ni jgn lost contact kalo ada reunion program join tau....

NAVIGASI LAMAN

Social Icons

Followers

Movie Category 5

Featured Posts

Pages

Sample Text