Poster

EXSMRS 94 BERAYA & KENDURI 2012

Hari raya 2012 dipenuhi dengan menghadiri jemputan kenduri sahabat kita sobri (awie) dikampung tengah perak,xtvt seterusnya kami penuhi dengan beraya di rumah sahabat handai.Kami semua berkumpul dirumah sahabat kita iaitu Suraya dikampung kota.Lokasi rmh beliau ialah berhampiran dengan sekolah rendah kebangsaan Kampung Kota.Bagi kami yg pernah bersekolah disekolah kebangsaan kampung kota sempat juga la berbual sesama kami utk mengimbas kenangan lama semasa sama sama dibangku sekolah dulu.
Alhamdulilah ramai juga sambutan utk kali ini,rami kekwn yg hadir utk sama2 beraya mengunjungi sahabat handai
After berkumpul dirmh Suraya,kami pun mulalah bertolak utk menghadiri jemputan kenduri dirmh Sobri.sesampai dilokasi alangkah
terkezutnya bila terlihat wajah yg dah berblas tahun tak berjumpa,Orngnya nampak masih tidak berubah,tinggi dan berkulit hitam manis terkenal dgn kesopanannya dan suara yg halus ketika bertutur siapa lagi kalo bukan "NORLIZA"EX SMRS 94 MEMBER
Masihkah korang ingat wajah ini,masa sekolah dulu diorg nih ada geng diorg,iaitu,Rosila,erniewati,aida(ulu licin),siti zaida dan jamilah,dapat recall?Nampaknya perbualan kami dgn Norliza kerana beliau ada hal yg perlu diselesaikan,seperti yg sedia maklum Norliza sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata dan kini menetap di Bukit Merah taiping Perak.
Selesai sahaja melantak,kami lanjutkan program ini dgn mengunjungi /beraya kermh Ijam dan Jijah,kerana kesuntukan masa kami sempat beraya kermh ijam dan jijah sahaja.
menariknya berkunjung kermh jijah buat pertama kali ,rupanya Pulau meranti(kawsan rmh Jijah)merupakan byk khazanah tinggalan sejrh salah satunya ialah ini..
makam lama tinggalan sejarah Beruas,di percayai milik kerajaan Gangga negara,sempat juga berbual dgn bapa jijah tentang kewujudan makam ini,warghhhh teringat la plak masa buat Kajian Sejarah semasa di sekolah dulu..mmmmmmmmmmmm
Nampaknya rumah jijah ialah detinasi yg terakhir,sebelum berpisah ingin gua memperkenalkan sahabat kita yg sorang ini,kepala gila2 dan peramah iaitu Farok,sempat juga kami bertemu dgn beliau yg kini bertugas diSabah
akhirkata terima kasih kepada yg join program raya pada kali ini,
IJAM
UMI
ISNIZA
ZAHIR
HAMIRUL;
RAZALI
YUSRI
SALYUSRI
LISA
SURAYA
SOBRI
AWIE(SOBRI)
AZIZAH
NORLIZA(KEBETULAN)
NORLI
FAROK
NAJIB


SANTAI DIRUMAH SALYUSRI (KETUA LANUN)


Bersantai dan lepaking di rumah salyusri ialah program yg dibuat dengan perancangan yg mengejut.Disbbkan program ini program terkezut nampaknya kekwn yg terdekat saje la yg join.Ini semua kes boring pya pasal,tapi kebetulan yg sama ketua lanun memang ada plan untuk lepak rumahnye.So kitaorg ambil keputusan utk lepak rmhnya pada weekend.Walaupun kehadiran kekwn yg join pada kali ini tidak ramai tapi sudah cukup utk mereleasekan tension.Respect kepada doc salmi kerana berusaha dtg ke program kali ini walaupun terpaksa rushing dari KL, our slute u doc!!!
istimewa pada gua kali ini dapat belajar buat sambal belacan yg sgt pedas dan terpaksa di modified oleh kekwn yg lain..
ini part yg best rasanye bila sesama bergotong royong dalam meyediakan juadah ada teknik baru yg dapat dipelajari.
Anyway thanks kepada tuan tanah Salyusri dan cik siti atas layanan yg diberikan..jasamu dikenang

ANTARA KEKAWAN YANG MASIH BELUM DITEMUI SETAKAT INI

Ini adalah antara gambar kekawan kita yg masih belum ditemui,tetapi sudah ada contact melalui Phone dan Facebook
Rosmawati hasil terjahan dari sahabat kita di sebelah Penang.
dapat info : Rosmawati kini sudah berkahwin dan sekrg menetap di Penang,
Masihkah korang ingat Rosmawati?
bekas pelajar dari sekolah kebangsaan dendang,beliau tergolong juga dalam golongan pelajar yg genius semasa di smrs.

Sharifah said,kalo ingat sharifah said korang kena ingat sobrie said kerana inilah kembar sobri said..
beliau ini kalo x silap saya menetap di klang rasanye..

Nurul Rabunah,seingat saya beliau hanya menghabiskan persekolahan beliau dismrs sehingga form 3 sebelum berpindah ke ekolah lain
Maklumat yg diterima beliau kini telah berkahwin dgn seorg angkatan tentera laut dan menetap diLumut,
Kampung halaman beliau ialah Kampung Batu 26 Batu Hampar Perak.

Ila razali,bekas pelajar smrs yng boleh dikatakan glamour suatu ketika dulu kerana kecantikannya,beliau kini menetap di Kuala Lumpur dan brkerjaya sebagai Pramugari disalah satu syarikat penerbangan Malaysia.

Memang tak prnah berjumpa dgn beliau ni,tapi kalo di intai intai,dari akuan Facebook beliau ni seorg yg pandai memasak
maybe next musim Master chef akan ada muka beliau ini..diperkenalkan Rogayah atau nick namenye Yaya..
seorg bekas pelajar dari sekolah kebangsaan Dendang,kini beliau menetap di Rawang..

Laily Maria,dia nih sahabat baik aku ,tapi si laily maria nih hanya menamatkan zaman sekolahnya di smrs sehingga form 3 sahaja.
Nak recall balik kalo korang ingat beliau nih fizikalnya kecil molek gitu.
beliau ialah bekas pelajar Sekolah kebangsaan Kampung Kota

Hasil diterjah oleh Lisa Honey,namaye Haslinda,kini menetap dan berkerja disyarikat perindustrian dimana sama tempat dgn cik Lisa Honey berkerja

Amoi nih namenye Ally yong,beliau kini berkerja di Singapore,beliau telah berpindah dari beruas ke sungai petani dgn familynya
selepas beliau menamatkan pengajian di smrs


4 gambar diatas juga sahabat kita,iaitu Bala,Rizal nick,Normahadi & Fauziah.kita masih tercari cari info 4 org sahabat kita ini
kerana masih sayup2.

Nampak muka sahbat kita ni teringat pusat sumber,diperkenalkan bekas pengawas pusat sumber di smrs yg selalu pakai uniform colour Hijau..Siti Naemah,hasil terjahan oleh Normawati,seperti yg di beritahu oleh Normawati siti naemah kini menetap di Penang juga,lihat sahaja pic yg dikirimkan menampakkan satu keluarga yg bahagia,kita doakan semoga keluarga naemah akan bahgia sehingga ke akhir hayat..insyaallah..

Masihkah ingat muka gadis yg berbaju merah itu,ooo k susah nak recallkan?
masih ingat dengan Dharmini? juga bekas pengawas sekolah semasa di smrs dulu,Dhar kini menetap di ipoh dan sudah pun berkahwin..
Masih ramai lagi yg dicari..WHO NEXT MEMBERS?

SMRS 94' KUALA GULA



Warghhhh \\m// dah lama tak update this blog,sebenarnya program ex smrs tidak terhenti selama ini ,kita masih aktif.Kita mulakan
dengan program ex smrs 94 episod "Kuala Gula".Satu tempat peranginan yg terletak di Taiping Perak.Seperti biasa tidak semua kekwn
yang dapat join dalam sesuatu program.

Berkumpul di lake garden Taiping,serta portluck bersama-sama exsmrs 94 family,dan kemudian bergerak ke Kuala Gula.

Program kali ini disertai oleh,Ijam,Mieza,Lisa,Salyusri (ketua lanun),Nazir (Penglipurala),Shahidan & gua..
Seperti yg diketahui "Kuala Gula" satu tempat yg sesuai utk merehatkan minda,tapi dgn kehadiran kami ni rasanya boleh meyerabutkan
lagi suasana ahak3
Program kali ini sgt istimewa kerana kita dapat bertemu dgn seorg lagi sahabat kita iaitu shahidan,walaupun beliau lambat
sampai ke Kuala Gula kerana masalah teknikal(pukul 1 pagi)..tapi beliau cuba jugak sedaya upaya utk bejumpa dgn kekwn
yang telah lama terpisah..Terima kasih kepada shahidan kerana semangat yg ditunjukan..

Masihkah ingat jejaka ini?
Antara View menarik di Kuala Gula hasil photoshoot dari bro Ijam
seperti yang sedia maklum setiap program ex smrs 94 mesti lah diserikan dgn BBQ & KARAOKE..
Malam sudah menjelma.....zzaaaaaaaaaaaazzz
sessi karaoke sudah bermula..
nampaknye semua bergembira pada malam tersebut.
Program malam itu tidak terhenti disitu sahaja,selesai sahaja sessi karok..kami semua bersembang(cadangnya nak memancing)
sementara menunggu seorg sahabat kita sampai..
PROGRAM selanjutnya utk esok hari ialah menjamu selera dengan menu special di Kuala Gula iaitu
"KETAM LEMBUT GORENG TEPUNG"
dimana disini kulit ketam boleh dimkan bersama isinya..terbaek ..

kami semua menjamu selera di "RESTORAN TERAPUNG KUALA GULA"
setelah menjamu selera tiba lah masa untuk balik kedestinasi masing2
tapi sebelum tu tangkap gambo dulu...sebagai kenang kenangan..
terbaek Kuala Gula..by bye Kuala Gula..

15 JULY 2012 DALAM KENANGAN...









NAVIGASI LAMAN

Social Icons

Followers

Movie Category 5

Featured Posts

Pages

Sample Text