Poster

HELLO !!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang singgah keblog ini,sebenarnya aku bukanlah seorg penulis artikal atau penulis blog
yang profesional tapi mungkin atas dasar semangat ingin mencari kawan lama,terutama sekali batch 94 secara kesimpulan kawan-kawan yang lahir pada tahun 1977 dan bersekolah di sekolah menengah raja shahriman.Disini saya sebagai wakil ex smrs 94 ingin mengalukan kedatangan anda ke persatuan ex smrs 94.Sesungguhnya persatuan ex smrs 94 masih mencari kawan-kawan semua,jika anda terbaca blog ini dan ingin bersama kami bekas pelajar ex smrs 94 untk sama-sama mengeratkan silratulrahim antara kita semua ,sila hubungi saya di talian 012 5567535.Tq...

SMRS 94 PENANG PORTLUCK


Alhamdulilah,Setelah sekian lama Ex smrs 94 tidak melakukan sebarang aktiviti,29 & 30 March 2014 sekali lagi dengan izin Allah kami
semua dapat bertemu.Smrs 94 Penang portluck,program yang dilakukan atau dikendalikan sepenuhnya oleh kawan2 dari Penang iaitu
Lisa Honey & Siti Naemah.Program kali ini dapat menerjah 3 muka baru iaitu Siti Naemah, Ruby dan Kak Maznah(kakak kepada siti Naemah,untuk sedia maklum kak Maznah pernah mengulang diSmrs pada tahun 1994 class 5k2.Beliau merupakan senior kepada kita x smrs 94.Program kali ini disertai oleh Kapten lanun,Lisa Honey,Nazir,Yatie,Siti Naemah,Ruby,Kak Maznah dan saya sendiri.

Aktiviti kali ini merupakan program santai yang telah diadakan pada petang 29 March di Pantai Tanjung Asam Teluk Kumbar Penang.Aktiviti BBQ dan sempat juga menyambut Birthday ketua lanun.Cake yang dibuat oleh siti Naemah dan Lisa Honey

MESYUARAT A.G.M ALUMNI/SMKRS BERUAS PERAK

Mesyuarat A.G.M. Kali Pertama ALUMNI SMRS/SMKRS BRUAS PERAK · By Arash Beruas(Zam Al-Beruasi)
.....Berita Untuk Disebarkan Kepada Sekalian Alumni SMRS/SMKRS.....
DAN
Kepada Semua Bekas-Bekas Pelajar SMRS/SMKRS


DENGAN SEGALA HORMAT NYA DI JEMPUT HADIR PADA HARI TERSEBUT.

Saturday, March 29, 2014

[Time] 10:00am

HOTEL CASUARINA & CONVENSION CENTER (Casuarina Meru in Ipoh, Perak)

No.1-C Jalan Meru Casuarina, 30020 Ipoh, Perak

DAN KEPADA AHLI YANG INGIN MENDAFTAR DI HARI TERSEBUT JUGA DI JEMPUT HADIR BERSAMA BAGI MENCATAT SEJARAH BUAT JULUNG KALI NYA UNTUK ALUMNI SMRS/SMKRS.

MOHON LUANGKAN MASA TUAN/PUAN UNTUK NIAT MURNI TERSEBUT SARAPAN PAGI DAN LUNCH AKAN DI SEDIA KAN. CHARGE YANG DI KENAKAN PIHAK HOTEL ADA LAH RM40.00 PER HEAD. DAN TEMPAHAN TELAH DI BUAT UNTUK 50 ORANG TETAMU. MEMANDANGKAN SETAKAT INI AHLI YANG TELAH SAH MENDAFTAR ADA LAH SERAMAI 38 ORANG SAHAJA. OLEH KERANA DANA ARASH YANG MASIH BELUM BEGITU TEGUH, ARASH MOHON MAAF KERANA TERPAKSA MENGENAKAN CAJ SEBANYAK RM 20 DARI SETIAP AHLI YANG BAKAL HADIR DAN RM 20 DI BIAYA DARI DANA ARASH.

ARASH JUGA MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN PERIBADI DARI PIHAK PERSAORANGAN. SEBARANG KEMUSYKILAH DAN PERTANYAAN, MOHON AJUKAN KEPADA SAYA (Zam Al-Beruasi)
ATAU
AJK PENAJA (Suriram Ram)(Abdul Halim Muhammad)
YANG TUAN/PUAN KENALI DI GROUP FB INI (ALUMNI SMRS/SMKRS BRUAS PERAK).

SAYA (Zam Al-Beruasi) BAGI PIHAK AJK PENAJA ARASH INGIN DAHULUKAN DENGAN UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN KUAT DARI SEMUA AHLI DI GROUP INI BAGI MENJAYAKAN VISI DAN MISI ARASH

"TOGETHER WE MAKE THE DIFFERENCE"

HARAP MAKLUM DAN TERIMA KASIH -WASSALAM

REUNION XSKKK 1 & 2 FEB 2014

Alhamdulilah syukur kepada Allah swt kerana mengizinkan kami X skkk berkumpul untuk mengeratkan tali persahabatan yang telah lama terpisah.Umpama mimpi dalam mimpi apabila dapat berkumpul 2 hari 1 malam diteluk senangin pada 1 & 2 Feb.Tiada ungkapan yang mampu diluahkan hanya kenangan bersama terukir diminda ,seumpama bertemu semasa dibangku sekolah walau dalam suasana yang berbeza.Bermain ,bergurau senda,menyanyi beramah mesra itulah suasana yang dapat digambarkan pada pertemuan kali ini.Walaupun banyak halangan dan dugaan yang terpaksa ditempuhi tapi alhamdulilah dengan berbekalkan semangat jitu untuk menjayakan program reunion " xskkk bersatu" segala usaha dan komitmen yang ditunjukan segala rintangan dapat kami tempuh dengan jayanya atas izin Allah swt.
Walaupun masa berlalu dengan pantas tapi setiap kenangan X SKKK tetap bermain diminda kami.Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.Tidak lupa juga dengam gabungan MC pada malam itu iaitu Tain & Umi,lu orang memang serasila tabik spring pada lu orang.Awie ketua darjah ,yang juga bersusah payah utk menjayakan program ini,juga jali dan ana serta keluarga juga banyak menguruskan pelbagai urusan reunion..thank to all jangan lupa next program Pulau Pangkor.

EX SKKK (REUNION MEETING)



Alhamdulilah,setelah lama merancang kini tibalah masanya untuk melancarkan satu program reunion untuk ex skkk (sekolah kebangsaan kampung kota (1984-1989).Hampir 17 tahun rasanya kami semua terpisah tapi kini mungkin kami akan ditemukan kembali.Program ini kami namakan "EX SKKK bersatu kembali"dan program ini akan berlansung di TELUK SENANGIN PERAK pada 1 Febuary 2014 hingga 2 Febuary.
Sebelum memulakan program mestilah dimulai dgn peracangan utk meneliti segala kelengakapan atau program yang akan di anjurkan.Meeting ini dibahagikan kepada 2 bahagian atau 2 tempat.
Untuk Ex skkk yang berada di sebelah Perak meeting telah diadakan pada 14 Dec di Ayer Tawar di kedai sobri (awie)yang membincangkan tentang Preparation.Meeting ini di hadiri oleh Saya,Mioi,Norli dan Azlan serta Awie.

dan meeting kedua untuk ex skkk yang berada disebelah Kuala Lumpur diadakan pada 21 dec di rumah Umi,dihadiri oleh Rozana dan Razali(double R)Meeting ini lebih menjurus tentang Program yang akan di adakan

Sebelum menghadiri meeting sempat jugak berduet dengan seorg lagi ex skkk iaitu Zahir.

OPS CARI DAN TERJAH


EX SMRS 94 yang di temui baru-baru ini , iaitu Ismail shaharuddin,beliau menamatkan zaman persekolah di smrs sehingga form 2 sahaja sebelum berpindah di ipoh ,kini beliau bekerja di KPJ hospital specialist IPOH.Beliau kini telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai 3 cahayamata

Ex smrs 94 yang ke 2 yang dapat aku temui di Teluk Senangin pada 09/11/2013 iaitu Fauziah ,berasal dari kpg kota beruas Perak,beliau juga sudah mendirikan rumah tangga dan memiliki 4 org cahayamata.Beliau kini tinggal di Pengkalan baru ,pantai remis perak dan mengusahakan perniagaan bahulu.






REUNION RAYA 2013 & PERKAHWINAN IJAM

Ini adalah program yg terbaru sempena hari raya 2013,masih ramai kawan-kawan yang bersemangat untuk program reunion ini,tapi almaklumlah sajalah bila majlis perjumpaan ini dibuat pada hari raya banyak yang tidak dapat menghadirkan diri kerana terikat dengan program bersama keluarga.Tapi reunion kali ini berkonsep sederhana.Tapi alhamdulilah masih dapat mengumpulkan muka lama dan muka baru,diantara kawan yang terbaru yang ditemui ialah saudara Hafiz othman yang sempat meluangkan masa bersama kali ini walaupun hanya sekejap .
Nampaknya Reunion kali ini masih ditahap yg membransangkan.

Diantara kawan-kawan yang hadir pada kali ini ialah,
Manaf,zalyna,rozaniza,yusniyati,hafiz,saufi,shakir,yusri,nizam nordin,salyusri,lisa,azizah,norli,hamirul,holidi,shahrul nizam
Razali,najib,ochee,nazir dan terima kasih sekali lagi kepada ijat & yong salmi sebagai tuan tapak.
Lanjutan dari itu juga saya ,nazir,yusniyati, rohaida serta salyusri sempat juga memenuhi jemputan rumah terbuka sempena sambutan
aidilfitri di rumah ijat & yong salmi di jelapang ipoh.
Ini adalah satu khabar gembira dari Ex smrs 94 kepada pembaca yg mengenali sahabat kita saudara Mohd saharizam (Ijam).kerana telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya dari Teluk Itan Perak iaitu Nurul pada 14 Sept 2013 yg lalu ,tahniah Ijam
Semoga kekal hingga ke akhir hayat

KALUMPANG A.K.A FAMILYDAY 1 & 2 JUN 2013

Sempena cuti sekolah ,Ex smrs 94 sekali lagi membuat satu program utk merapatkan keakraban dalam persahabatan.Kali ini lokasi pilihan kami untuk menikmati keindahan alam,perancangan awal sebenarnya ialah Janda Baik Pahang tapi atas masalah yang tidak dapat dielakan kami terpaksa menukar lokasi iaitu Kalumpang.Terima kasih yang tidak terhingga pada Otai kita Mazlinda yang banyak membuat tinjauan dan tempahan untuk melancarkan program ini.Walaupun Maz dan own masih lagi tidak berpeluang untuk bersama mengikuti program kali ini tapi atas dasar semangat bersahabat mereka mengunakan alternatif lain untuk melancarkan program ini.
Sebenarnya satu point lagi kami memilih destinasi kalumpang ini ialah kerana beranggapan satu lokasi yg terletak ditengah antara Perak dan Kuala Lumpur dan mengharapkan penyertaan dari kawan-kawan yang tinggal disekitar KUALA LUMPUR dan Selangor,tetapi mungkin kawan-kawan kita yang lain sibuk dengan urusan masing-masing.Program kali ini disertai oleh gabungan 3 negeri iaitu PENANG,PERAK DAN KUALA LUMPUR,Mieza dan Lisa (PENANG),Salyusri,Salmi,Ijat,Jijah dan gua(PERAK) &; Razali(KUALA LUMPUR),Memulakan program percutian dgn berkumpul di RNR Behrang.
Langkah kanan juga kali ini kerana dapat berjumpa dgn Cikgu yg terkenal dgn loghat Peraknye dan mengajar mata pelajaran Geografi
semasa di SMRS dulu iaitu cikgu Hasnol yg kebetulan juga singgah utk breakfast di RNR Behrang
Sempat juga berbual dgn cikgu Hasnol selama 15minit untuk mengetahui perkembangan beliau terkini,seperti yang dimaklumkan dari hasil perbualan dengan beliau,beliau kini mengajar di sekolah menengah Dato idris di Ayer Tawar Perak,semasa kami berjumpa dgn beliau pada hari itu dalam perjalanan ke Melaka utk membawa pelajarnya memyertai pertandingan Hoki peringkat kebangsaan,Moga cikgu berjaya.Selesai breakfast kami pun menyambung perjalanan utk kelokasi,Kami sampai ke lokasi tepat pukul 12 tengahari
12.00PM
Sebelum memulakan aktiviti sempat berpossing sambil menikmati udara dan pemandangan yang boleh merehatkan minda.
Setelah puas bepossing dan menikamati keindahan alam tibalah masanya utk memulakan xtvt iaitu telematch
14.00
Memulakan telemacth dgn permainan
Chair Musical,Sejarah utk Mieza apabila Kerusinya pecah dan dia jatuh ketanah ahak3
Permainan ke2 cari gula2 dalam tepung
Ketika telematch sedang dijalankan tanpa kami sedari muncul seorg sahabt Ex smrs 94 yg ketika itu hari terakhir bercuti di Kalumpang iaitu Zaki,sempat juga dia bersama kami pada hari itu walaupun sekejap sahaja,Acara yg ketiga ialah baling belon berpasangan.
Gua masih ingat lagi permainan ini dimenangi oleh Jijah the legend dan pasanganya Abe.Dan acara seterusnya ialah bowling kelapa lelaki vs perempuan
Acara terakhir utk telematch pada hari itu ialah Tarik tali geng Ketua lanun (salyusri) vs geng Nazir,dan pengadil jemputan khas yg diterbangkan dari colombia iaitu Zaki.
Berehat setelah acara tamat ,walaupun tiada hadiah yg diberikan pada pemenang tapi ia cukup megembirakan
17.30
aktiviti mandi manda..
Juadah special kami pada ptang itu ialah Cake special dari Faezah isteri Razali,sungguh meyelerakan hingga menjilat jari.Akhirnya kelibat seorang lagi sahabat kita iaitu Shakir mula kelihatan ,sempat juga beliau bersama untuk mandi walaupun sudah agak lewat.Aktiviti mandi manda kami berakhir pada pukul 19.00 utk memberi laluan solat maghrib dan aktiviti seterusnya ialah pada sebelah malam iaitu BBQ & Karaoke bersama.
20.00
Sessi makan malam dan Karaoke bermula
Xtvt beergembira bersama ini berhenti pada pukul 12.30 AM sebelum kami semua menyambungnya berbual ditepi sungai sehingga pukul 3pagi.

8.00 pagi Walaupun masih letih tapi hati terus gembira,bangun pagi dan breakfast bersama,nampaknya masih ada kawan-kawan yang masih belum puas untuk mandi manda sebelum checkout pada pkl 12pm

Dan kami akhiri program kali ini dengan lunch di Kfc..bye..

NAVIGASI LAMAN

Social Icons

Followers

Movie Category 5

Featured Posts

Pages

Sample Text